BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 0-1 Kuching City FC | 

Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian " petronas lng"

Petronas, Pembina Kanada Meterai Perjanjian 20 Tahun Bagi Penggunaan Kapasiti Cedar LNG

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Pembina Pipeline Corporation dari Kanada memeterai perjanjian 20 tahun bagi menggunakan kapasiti pencairan gas asli cecair (LNG) sebanyak 1.0 juta tan setahun (mtpa) di kemudahan Cedar LNG, menerusi anak syarikat masing-masing.

Petronas Meterai Perjanjian Bekalan LNG Selama 15 Tahun Dengan Woodside

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas LNG Ltd memeterai perjanjian jual beli selama 15 tahun dengan Woodside Energy Trading Singapore Pte Ltd bagi membekalkan satu juta tan setahun (Mtpa) gas asli cecair (LNG) ke Malaysia bermula 2028.

Sabah Ambil Alih Ekuiti 25 Peratus Dalam Kemudahan ZLNG Petronas - Hajiji

KOTA KINABALU, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sabah, melalui SMJ Energy Sdn Bhd menandatangani perjanjian induk (HoA) dengan Petronas LNG Sdn Bhd untuk mengambil alih kepentingan ekuiti sebanyak 25 peratus dalam kemudahan gas asli cecair terapung berhampiran pantai (ZLNG) bernilai US$3.1 bilion (RM13.17 bilion) di Sipitang.

Petronas Perkukuh Kerjasama Di Sabah, Meterai Perjanjian Ekuiti Dengan SMJ Energy

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikatnya Petronas LNG Sdn Bhd (PLSB) memeterai perjanjian induk (HoA) dengan SMJ Energy Sdn Bhd (SMJ Energy) untuk memformalkan terma penyertaan ekuiti SMJ Energy sebanyak 25 peratus dalam PFLNG 3 Sdn Bhd.

Petronas LNG Terus Urus Ketidaktentuan Pasaran, Pastikan Penghantaran Dipercayai - Ceo

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas LNG Ltd (PLL) akan terus menguruskan ketidaktentuan pasaran jangka masa pendek melalui sistem operasi dan proses pengurusan risiko yang kukuh untuk memastikan penghantaran gas asli cecair (LNG) boleh dipercayai kepada pembelinya.

Petronas, Commonwealth LNG Memeterai Perjanjian LNG Mampan 20 Tahun

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas LNG Ltd telah memeterai perjanjian jual beli gas asli (LNG) dengan Commonwealth LNG, LLC, untuk mempelbagaikan portfolio LNGnya melalui pembekalan jangka panjang dari Amerika Syarikat.

Unit Petronas Hantar Kargo LNG Pertama Kepada Anak Syarikat PetroVietnam

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui anak syarikatnya Petronas LNG Ltd (PLL) memuktamadkan penghantaran kargo gas asli cecair (LNG) pertamanya kepada anak syarikat PetroVietnam (PVN), PetroVietnam Gas (PV Gas).

Unit Petronas Pantau Pengeluaran Minyak Dan Gas Yang Rendah Di Semenanjung

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Energy & Gas Trading (PEGT) sedang memantau pengeluaran minyak dan gas yang rendah di Semenanjung Malaysia serta secara proaktif berkolaborasi dengan pihak berkepentingan untuk memastikan bekalan gas yang berterusan dan stabil di negara ini. 

Petronas, Mitsubishi Meterai Perjanjian Baharu Penghantaran LNG

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Mitsubishi Corporation menandatangani perjanjian baharu untuk memanfaatkan lagi keupayaan Petronas dalam menghantar gas asli cecair (LNG) ke pasaran antarabangsa, terutama sasaran pelanggan di Jepun.