1hari ago
KOTA BHARU, 13 April (Bernama) -- Kumpulan Hibiscus Petroleum Bhd (Hibiscus Petroleum) berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi ketegangan geopolitik global dan konflik berterusan di Asia Barat termasuk ketidaktentuan serta harga minyak yang tinggi.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis walaupun prestasi Wall Street semalaman positif.
6hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi, dengan indeks petunjuk pasaran naik 1.16 peratus untuk ditutup hampir kepada paras 1,700, disokong oleh sentimen positif susulan berita mengenai gencatan senjata selama dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, yang termasuk Tehran membenarkan laluan selamat untuk kapal melalui Selat Hormuz.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, seiring dengan pasaran serantau, didorong sentimen yang bertambah baik susulan perjanjian gencatan selama dua minggu antara Amerika Syarikat dan Iran.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu di sebalik sentimen berhati-hati, seiring kebanyakan pasaran serantau selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menangguhkan serangan yang dirancang ke atas infrastruktur Iran selama dua minggu.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal pada Isnin, seiring dengan pasaran serantau yang lemah selepas Wall Street mencatatkan penurunan berikutan harga minyak mentah Brent melonjak melebihi US$110 setong.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Khamis menjejaki kelemahan semalaman di Wall Street.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Selasa, sejajar dengan prestasi positif pasaran serantau, disokong minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui sektor perkhidmatan kewangan serta produk dan perkhidmatan industri.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, dipengaruhi aktiviti pengambilan untung dalam saham produk dan perkhidmatan industri, produk dan perkhidmatan pengguna serta pembinaan.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula ketika mengakhiri dagangan Selasa dengan indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras psikologi 1,700, didorong oleh pemulihan sentimen global.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, menjejaki kenaikan pasaran serantau selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi bayangan bahawa perang dengan Iran berpotensi berakhir tidak lama lagi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Jualan singkat di bawah jualan singkat harian (IDSS) untuk tiga syarikat berkaitan minyak dan gas (O&G) di Bursa Malaysia telah digantung sepanjang hari ini.