Terdapat 308 berita berdasarkan kata kunci carian " kawal selia"

AAX Belum Muktamad Menamakan Semula Syarikat Kepada AirAsia Pada 19 Jan

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) menjelaskan bahawa tiada sebarang keputusan muktamad telah dibuat untuk menamakan semula syarikat itu kepada AirAsia pada 19 Januari, 2026.

Sektor Perbankan Islam Malaysia Catat Pertumbuhan Kukuh - S&P Global Ratings

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Pembiayaan Islam Malaysia akan menyumbang hampir separuh daripada jumlah pembiayaan sektor perbankan menjelang 2030 berbanding 42 peratus pada akhir 2024, menurut S&P Global Ratings.

One Gasmaster Yang Akan Disenarai Di Pasaran ACE Sasar Kumpul RM19.38 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- One Gasmaster Holdings Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM19.38 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE pada 27 Jan 2026.

Petronas Mohon Penjelasan Mahkamah Mengenai Kerangka Kawal Selia Petroleum Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Petronas telah menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kerangka kawal selia yang terpakai bagi operasi petroleum di Sarawak.

Bangunan Simulator MAB Academy Perkukuh Kepimpinan Latihan Penerbangan - Loke

SEPANG, 6 Jan (Bernama) -- Malaysia telah mengambil langkah penting ke arah memperkukuhkan ekosistem latihan penerbangannya dengan pelancaran Bangunan Simulator MAB Academy di sini, memperkasa cita-cita negara untuk menjadi hab penerbangan serantau terkemuka.

Bangunan Sumulator MAB Academy Perkukuh Kepimpinan Latihan Penerbangan - Loke

SEPANG, 6 Jan (Bernama) -- Malaysia telah mengambil langkah penting ke arah memperkukuhkan ekosistem latihan penerbangannya dengan pelancaran Bangunan Simulator MAB Academy di sini, memperkasa cita-cita negara untuk menjadi hab penerbangan serantau terkemuka.

Bursa Malaysia Kemas Kini Yuran Baharu SC Berkuat Kuasa 1 Jan, 2026

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) --  Bursa Malaysia Bhd hari ini mengumumkan kemas kini yuran baharu yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

GCCC, CIDB Bekerjasama Perluas Akses Pengujian, Pensijilan Produk Pembinaan Antarabangsa

PUTRAJAYA, 30 Dis (Bernama) — Global Construction Certification Centre Sdn Bhd (GCCC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan CIDB Holdings Sdn Bhd untuk mempromosi dan memudahkan akses kepada perkhidmatan pengujian, pensijilan dan latihan industri produk pembinaan antarabangsa.

Perluas Pelan Hala Tuju Tenaga Malaysia Perlukan Pelaburan Berterusan, Kerjasama Serantau -- TNB

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Usaha untuk memperluas pelan hala tuju tenaga Malaysia memerlukan pelaburan berterusan, infrastruktur kukuh dan kolaborasi bersama penggubal dasar, pembiaya dan rakan serantau, termasuk bekerjasama dengan pemain teknologi  ASEAN dan juga global.

COP30: TNB Pengupaya Utama Pacu Kerjasama Tenaga Menerusi Grid Kuasa ASEAN

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) selaku antara utiliti utama dalam inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG), akan kekal sebagai pengupaya penting peralihan tenaga bersama perkumpulan itu dengan menjadikan kesalinghubungan rentas sempadan sebagai pemacu teras integrasi tenaga.

Unit Tanco Lantik Firma Hong Kong Bagi Kendali Pelabuhan Kontena Pintar AI Di Port Dickson

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik 79 peratus Tanco Holdings Bhd iaitu Midports Holdings Sdn Bhd (MHSB) melantik Ocean Bridge International Ports Management Co Ltd (OBIPM) sebagai pengendali projek pelabuhan kontena pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Gas Malaysia Selaras Tarif Purata Asas, Tidak Terpakai LPG Dalam Silinder Gas Dan Bekalan Pukal

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd membuat penyelarasan tarif purata asas pada RM1.880 bagi setiap gigajoule (GJ) sehari bagi pengguna sistem pengagihan gas asli yang dikendalikan oleh anak syarikatnya, Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd (GMD).