2bulan ago
PUTRAJAYA, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia telah mencapai matlamat utama apabila kemiskinan tegar hampir dinoktahkan kepada 0.09 peratus berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2024 yang diumumkan hari ini, berbanding 0.2 peratus direkodkan pada 2022.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengunjurkan mekanisme subsidi RON95 yang baharu akan menyediakan sokongan jangka pendek untuk industri automotif.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- GX Bank Bhd (GX Bank) mengukuhkan peranannya dalam memajukan rangkuman kewangannya, dengan kira-kira 60 peratus daripada asas pelanggannya terdiri daripada segmen yang kurang menerima perkhidmatan, termasuk individu daripada kumpulan pendapatan 40 peratus terbawah (B40) dan 10 peratus daripada ekonomi gig.
5bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bantuan tunai RM100 secara sekali beri daripada kerajaan dijangka menghasilkan kesan limpahan yang ketara kepada ekonomi tempatan, terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil, pengusaha pasar basah dan peruncit kawasan kejiranan di seluruh negara.
6bulan ago
JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) semakin menarik minat pelabur antarabangsa terutamanya dari Jepun, Korea Selatan, China, dan Eropah, apabila Johor meletakkan dirinya sebagai pintu masuk strategik ke pasaran ASEAN.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Rafizi Ramli yang meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun 2025 akan dikenang melalui pelbagai inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.
8bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Apabila Malaysia memulakan satu daripada reformasi terbesar dalam rangka kerja ekonominya dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini, isu subsidi bersasar bagi diesel telah menjadi tumpuan utama.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kriteria kelayakan subsidi bahan api bagi kumpulan pendapatan 15 peratus teratas (T15) yang akan dimuktamadkan menjelang pertengahan 2025, mungkin mendorong sebahagian pengguna untuk memilih kenderaan lebih murah atau beralih kepada kenderaan elektrik (EV), menurut MIDF Research.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- MMAG Holdings Bhd telah mencadangkan untuk mengembangkan operasi perniagaannya kepada perkhidmatan kewangan termasuk pinjaman wang dan pembiayaan sewa beli bersama-sama perniagaan sedia ada.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka bergerak mendatar, dengan unjuran bagi akhir tahun pada RM4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pengelasan semasa kumpulan pendapatan 40 peratus terendah (B40), 40 peratus pertengahan (M40), dan 20 peratus tertinggi (T20) tidak mencerminkan realiti stratifikasi ekonomi isi rumah di Malaysia, menurut kajian terkini oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Ketika 2024 hampir menutup tirainya, industri automotif dilihat begitu menyerlah bukan sahaja kerana mencatatkan jualan kenderaan yang lebih baik daripada jangkaan tetapi juga dengan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama buatan Malaysia yang begitu dinanti-nantikan.