2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan pendigitalan untuk meningkatkan ketelusan data dalam pelaporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), memperkukuh mekanisme tadbir urus bagi melonjakkan keyakinan pelabur, serta melabur dalam modal insan supaya tenaga kerja bersedia menggunakan teknologi tenaga masa depan.
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia dapat melihat kemajuan ke arah pembinaan loji tenaga nuklear pertama dalam tempoh tujuh tahun akan datang apabila kerja asas sedang dijalankan bagi menilai kesiapsiagaan negara terhadap tenaga nuklear.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 10 Sept (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menerima Surat Aku Janji daripada 13 pemaju projek di bawah Program LSS PETRA 5+ (Solar Berskala Besar - Peralihan Tenaga SuRiA Pusingan Kelima Tambahan) yang berjaya dalam proses bidaan terbuka dikendalikan Suruhanjaya Tenaga.
4bulan ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BUSAN, 24 Ogos (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC (APEC EMM15) di Busan, Korea mengetengahkan aspirasi Malaysia untuk mencapai sasaran pelepasan gas rumah kaca sifar bersih menjelang 2050 dan menggariskan peranan negara dalam kerjasama tenaga serantau.
4bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) – Asas bagi integrasi tenaga ASEAN sudah lama dibentuk, namun tumpuan yang lebih jelas dan tindakan yang lebih pantas diperlukan bagi melonjakkan tenaga boleh baharu (TBB) ke tahap seterusnya dengan memanfaatkan kekuatan setiap negara anggota, kata B. Grimm Power Public Company Ltd.
5bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Loji jana kuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) dijangka berperanan penting dalam menangani isu jurang grid kuasa dan ketidaktentuan tenaga solar, ketika Malaysia berusaha mencapai matlamat sifar bersih menjelang 2050, kata seorang pakar.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd mengekalkan saranan positif terhadap Malakoff Corporation Bhd, didorong oleh kedudukan kukuhnya untuk meraih tender Suruhanjaya Tenaga (ST) di tengah-tengah peningkatan permintaan tenaga.
8bulan ago
ISTANBUL, 23 April (Bernama) -- Syarikat besar Malaysia disaran terus meneroka peluang pelaburan di luar negara yang bukan sahaja dapat meningkatkan jalinan kerjasama dalam konteks perniagaan tetapi mampu memperluas perkongsian teknologi dan kepakaran, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Petronas Energy & Gas Trading Sdn Bhd (PEGT) meraih tambahan bekalan gas sebanyak 155 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) melalui sistem saluran paip gas Trans Thailand-Malaysia yang menjadikan jumlah keseluruhan kepada 400 mmscfd.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), anak syarikat kerajaan negeri Terengganu berhasrat mengembangkan perniagaan berkaitan tenaga boleh baharu termasuk pemasangan dan penyelenggaraan projek ladang solar dan solar atas bumbung.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- GE Vernova Inc mengumumkan pengoperasian loji jana kuasa Pulau Indah yang dibangunkan oleh syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor, Worldwide Holdings Bhd (WHB).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) merancang untuk menjalin kerjasama dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) bagi memanfaatkan tenaga boleh baharu (RE) berasaskan minyak sawit dalam mengembangkan ketersambungan grid tenaga negara.