Terdapat 250 berita berdasarkan kata kunci carian " meta"

Minat Belian Kukuh Kaunter Pengguna Sokong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup sedikit lebih tinggi, disokong oleh minat belian yang kukuh dalam kaunter berkaitan pengguna, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Bagi Hari Kedua Berturut-turut

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan bagi hari kedua berturut-turut hari ini, ditutup lebih daripada satu peratus lebih tinggi disebabkan sentimen pelabur kekal aktif dalam persekitaran keadaan pasaran serantau yang semakin baik dan minat belian dalam kaunter wajaran tinggi.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi, menjejaki lonjakan kukuh Wall Street semalaman.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Sentimen Global Lebih Positif

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, seiring dengan prestasi ekuiti serantau apabila sentimen risiko geopolitik bertambah baik susulan perjanjian sementara antara Amerika Syarikat dan Iran untuk membuka semula Selat Hormuz, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dalam wilayah positif, seiring kenaikan pasaran serantau Asia dan menjejaki prestasi kukuh Wall Street semalaman.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Belian Saham Defensif

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, mengatasi prestasi beberapa pasaran serantau apabila penurunan semula saham teknologi global dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat mendorong pelabur beralih kepada pasaran yang lebih defensif serta berorientasikan domestik.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali ke zon positif pada tengah hari, disokong oleh aktiviti belian dalam kaunter-kaunter berwajaran tinggi terpilih.

BIMB Investment Lancar Dana Patuh Syariah Sasar Saham Bermodal Kecil

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- BIMB Investment Management Bhd (BIMB Investment), anak syarikat Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam), memperkenalkan BIMB Opportunities Fund (BOF), iaitu dana patuh syariah yang menyasarkan potensi pertumbuhan saham bermodal kecil, dengan sasaran saiz dana sebanyak RM50 juta pada tahun ini.

Bursa Malaysia Ditutup Kukuh Disokong Aktiviti Belian Saham Berharga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, mengatasi prestasi pasaran serantau yang rata-ratanya lebih lemah, apabila sentimen tempatan disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah dalam saham mewah susulan penurunan indeks petunjuk pasaran itu, baru-baru ini. 

Gas Malaysia Guna Pakai Sistem Penyahkarbonan Loop Pertama Di Rantau Asia Pasifik

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd mengguna pakai sistem LOOP yang pertama di Asia Pasifik, menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh Levidian Nanosystems Ltd untuk menghasilkan grafen dan memerangkap karbon daripada metana.

CCUS Perlukan Pendekatan Menyeluruh, Kerjasama Serantau Bagi Percepat Penggunaan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Proses teknologi mitigasi iklim menerusi pelaksanaan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di Malaysia memerlukan pendekatan yang menyeluruh membabitkan agensi-agensi kerajaan, pemain industri, penyelidik dan pembiaya.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, dipengaruhi oleh aktiviti jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, telekomunikasi dan media serta produk dan perkhidmatan pengguna.