16jam ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- SRKK AI Bhd berhasrat untuk mengumpul sebanyak RM20.48 juta daripada Tawaran Awam Permulaannya (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd untuk inisiatif pertumbuhan strategik dalam Kepintaran Buatan (AI).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Liftech Group Bhd menyasarkan untuk meraih RM23 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) sempena cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 30 Jun, 2026.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Well Chip Group Bhd akan melaksanakan terbitan hak boleh lepas sehingga 120 juta saham baharu dalam syarikat itu untuk membiayai pengembangan rangkaian kedai pajak gadai baharu dan modal kerja.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd dan 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd telah memeterai kerjasama strategik yang menawarkan pelan pembayaran ansuran sifar peratus bagi belian pukal menerusi platform belian pukal dalam talian 99 Speed Mart iaitu 99 Bulksales.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kredit kepada sektor swasta bukan kewangan berkembang sebanyak 5.8 peratus pada April 2026 daripada 5.6 peratus pada Mac 2026 dipacu oleh pertumbuhan yang lebih tinggi dalam pinjaman perniagaan terkumpul dan bon korporat terkumpul, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
27hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Ann Joo Resources Bhd (Ann Joo) bercadang untuk menjual 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Ann Joo Steel Bhd (AJSB) kepada syarikat berpangkalan di Singapura, Green Esteel Pte Ltd.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Maxis Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd (MBSB) menerbitkan dua siri baharu Sukuk Murabahah, berjumlah RM1.0 bilion dalam nilai nominal, selaras dengan program Sukuk Murabahah tanpa penarafan.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Lima subsektor pembuatan telah dikenal pasti paling terkesan berikutan impak krisis tenaga dan gangguan bekalan global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Ahmad Nasir.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Inisiatif pembiayaan mikro oleh Kerajaan MADANI memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia ketika tempoh ketidaktentuan geopolitik dengan mengekalkan mudah tunai dan menyokong aktiviti ekonomi domestik, khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Keutamaan dasar jangka pendek perlu tertumpu pada pengekalan kestabilan makroekonomi dan pada masa yang sama memelihara penampan mustahak susulan kejutan bekalan global akibat konflik Asia Barat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) mengesahkan komitmen menyokong Kemudahan Penstabilan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME SRF) Bank Negara Malaysia dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi global ketika ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- AirAsia X Bhd merekodkan kerugian bersih sebanyak RM154.88 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 berikutan kerugian pertukaran asing bersih sebanyak RM232.2 juta susulan susut nilai mata wang tempatan termasuk baht Thailand, rupiah Indonesia dan peso Filipina berbanding dolar AS sepanjang tempoh berkenaan.