4hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Sunway Bhd membeli tiga bidang tanah di Selangor dan Pulau Pinang dengan nilai RM179.8 juta sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah semula simpanan tanah selain mengukuhkan perancangan projek masa depannya.
10hari ago
TASEK GELUGOR, 30 Dis (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) merancang untuk membina 5,000 unit rumah di Seberang Perai Utara dalam tempoh lima tahun akan datang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM1 bilion.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Paramount Corporation Bhd, Prima Kuasa Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan SJ Properties Sdn Bhd untuk memperoleh 19.62 hektar (48.49 ekar) bagi projek perumahan pada harga RM579 juta.
1bulan ago
KUALA LANGAT, 8 Dis (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) hari ini telah melancarkan Taman Perindustrian IOI@Banting yang berkeluasan 130.31 hektar (322-ekar), mencerminkan kemajuan dalam memacu strategi segmen perindustriannya.
1bulan ago
SEREMBAN, 6 Dis (Bernama) -- Pembangunan berorientasi transit, Seremban Sentral, dijangka menjana perolehan perniagaan bernilai RM300 juta setahun dan mencipta kira-kira 2,500 peluang pekerjaan baharu pelbagai bidang sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan menjadi hab bandar moden dan berdaya saing.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Farlim Group (Malaysia) Bhd memeterai perjanjian usaha sama dengan Fortune Lander (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM160 juta di Pulau Pinang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Chin Hin Group Property Bhd (CHGP) melalui anak syarikatnya Chin Hin Property (KL) Sdn Bhd (CHPKL) membeli dua bidang tanah pegangan pajak selama 99 tahun di Taman Puncak Jalil, Selangor bernilai RM91 juta untuk melaksanakan pembangunan perumahan bertanah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd berada di landasan untuk mencapai sasaran jualan RM3.6 bilion dan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) dalam pelancaran sebanyak RM4 bilion untuk tahun kewangan 2025.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 19 Nov (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT), SD Guthrie Land Ventures Sdn Bhd (SDGLV) dan Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) telah membentuk perkongsian kerjasama strategik untuk membangunkan taman perindustrian bersepadu utama di Kulai, Johor.
1bulan ago
NILAI, 11 Nov (Bernama) -- Projek Eco Business Park 7 (EBP 7) dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM3 bilion dijangka menjadi pemangkin baharu pertumbuhan ekonomi dan perindustrian Negeri Sembilan di bawah pelan induk Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0).
1bulan ago
GEORGE TOWN, 10 Nov (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd merancang untuk melaksanakan projek pembangunan bercampur baharu, M Cora di tanah yang baru dibelinya di Pulau Pinang dengan unjuran nilai pembangunan kasar (GDV) RM528 juta.
2bulan ago
BATU GAJAH, 6 Nov (Bernama) -- Lebih 20,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan melalui projek pembangunan Ipoh Sentral yang dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Perak dalam tempoh beberapa tahun akan datang.