14hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Majlis Getah Malaysia (MRC) menawarkan 20 pakej insentif mulai tahun depan, termasuk geran bernilai sehingga RM30,000 bagi setiap penyertaan dalam pameran perdagangan untuk meneroka pasaran membangun seperti Timur Tengah dan Eropah Timur.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan dicadang mengecualikan kadar cukai jualan lima peratus ke atas kayu bergergaji dan menilai semula peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang telah mewujudkan cukai bertindih ke atas industri perkayuan dan produk berasaskan kayu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Struktur fi baharu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) masih lagi dalam proses semakan Jabatan Peguam Negara dan dijangka berkuatkuasa pada 1 Januari 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan mengunjurkan kebergantungan kepada hasil berkaitan petroleum adalah lebih rendah pada kadar 12.5 peratus untuk 2026 berbanding 16.9 peratus pada 2025, menurut Kementerian Ekonomi.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Hasil kerajaan Persekutuan diunjur meningkat 2.7 peratus kepada RM343.1 bilion pada 2026, daripada RM334.1 bilion yang dijangka pada 2025, terutamanya disumbangkan oleh hasil cukai.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan dijangka membentangkan Belanjawan 2026 bersifat mengembang, dengan defisit fiskal diunjurkan sekitar 3.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), sedikit menurun berbanding 3.8 peratus tahun ini, kata seorang ahli ekonomi.
3bulan ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Ahli ekonomi percaya bahawa Belanjawan 2026 tidak akan memperkenalkan sebarang perubahan besar dalam sistem percukaian terutamanya cukai individu dan korporat untuk mengekalkan keyakinan pengguna dan pelabur apabila tarif Amerika Syarikat (AS) bermula.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kesan keseluruhan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas isi rumah dianggarkan rendah dan terkawal, berdasarkan unjuran awal Kementerian Kewangan (MOF), kata Timbalan Menterinya Lim Hui Ying.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (Public IB) hari ini mengekalkan unjuran inflasi keseluruhan bagi 2025 pada kadar 1.9 peratus tahun ke tahun manakala CIMB Securities Sdn Bhd menurunkan unjurannya dengan kedua-duanya menjangkakan langkah pengurangan harga bahan api yang dirancang memberi impak yang terhad.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) – Kerajaan memilih untuk mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dengan peluasan skop setelah mempertimbangkan kelebihan dan kekurangan kedua-dua sistem percukaian kepenggunaan SST dan juga Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Kerajaan berpandangan pungutan hasil di bawah cukai kepenggunaan melalui cukai jualan dan perkhidmatan (SST) wajar diteruskan kerana ia merupakan cukai sedia ada yang telah difahami oleh industri, peniaga dan rakyat.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bercadang meningkatkan peruntukan bagi Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India (I-BAP) kepada RM10 juta dalam belanjawan akan datang, susulan sambutan luar biasa yang diterima sejak dilancarkan Oktober lepas.