BERITA TERKINI   Pakistan gesa Amerika Syarikat dan Iran terus mematuhi gencatan senjata sementara selepas rundingan damai pada Sabtu berakhir tanpa sebarang persetujuan | 10,000 peniaga di bawah seliaan DBKL terima pengurangan kadar sewaan tapak 50 peratus hingga 2027 - Hannah Yeoh | Jemaah haji perlu kekalkan disiplin, patuhi peraturan di Tanah Suci, jaga nama baik Malaysia - Sultan Sharafuddin | Sultan Selangor nasihatkan bakal jemaah haji kawal perbelanjaan di Tanah Suci terutama dalam situasi ekonomi dunia tidak menentu | 

Terdapat 23 berita berdasarkan kata kunci carian " pengurangan modal"

Bursa Securities Tangguh Penyahsenaraian Pinehill Pacific Kepada 30 April

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pinehill Pacific Bhd menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk menangguhkan penyahsenaraiannya kepada 30 April, 2026 sekali gus membolehkan syarikat itu menyelesaikan skim pengurangan modal terpilih dan pembayaran balik (SCR).

Pemegang Saham UEM Edgenta Lulus Cadangan SCR, Buka Laluan Kepada Penyenaraian

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Pemegang saham UEM Edgenta Berhad hari ini meluluskan cadangan pengurangan modal terpilih dan pembayaran balik (SCR), sekali gus membuka peluang bagi UEM Group Berhad untuk meningkatkan pegangan semasa sebanyak 69.14 peratus dalam syarikat pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur itu kepada 100 peratus. 

Capital A Sasar Keluar Daripada Status PN17 Selepas Untung Empat Suku Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd (Capital A) menyasarkan untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) selepas mencapai selama keuntungan empat suku berturut-turut, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes.

GLLM Cadang Tawar RM1.10 Sesaham Jadikan GuocoLand Malaysia Syarikat Persendirian

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- GLL (Malaysia) Pte Ltd (GLLM), pemegang saham utama GuocoLand (Malaysia) Bhd (GLM) mencadangkan untuk menjadikan GLM sebagai syarikat persendirian melalui pengurangan modal terpilih dan pelaksanaan pembayaran balik.

Komarkcorp Cadang Pengurangan Modal Saham RM149 Juta Imbangi Kerugian

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Komarkcorp Bhd mengemukakan cadangan pengurangan modal saham bernilai RM148.70 juta bagi mengimbangi kerugian terkumpul yang ketara.

Langkah Korporat Diteruskan Walaupun Bursa Malaysia Tolak Permohonan Lanjutan Masa - Capital A

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Capital A Bhd menjelaskan bahawa keputusan Bursa Malaysia Securities Bhd untuk tidak meluluskan permohonannya bagi lanjutan masa untuk menyelesaikan pengagihan saham tidak mempunyai kesan material terhadap pelaksanaan korporat kumpulan yang sedang berjalan.

Capital A Gagal Peroleh Kelulusan Bursa Bagi Lanjutan Tempoh Lengkapkan Pengagihan Saham

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Capital A Bhd tidak menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd bagi lanjutan tempoh untuk melengkapkan pengagihan saham yang dicadangkan, namun ia tetap dilaksanakan serentak dengan tawaran saham persendirian AirAsia X Bhd (AAX).

Bursa Lulus Pelan Regularisasi Iskandar Waterfront City

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Iskandar Waterfront City Bhd mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd berhubung cadangan pelan regularisasinya yang merangkumi cadangan penyelesaian hutang dan cadangan pengurangan modal, untuk membolehkannya keluar daripada status penerbit tersenarai yang terjejas.

Capital A Mohon Kelulusan Bursa Lanjutan Masa Muktamadkan Pengagihan Saham

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Capital A Bhd memohon kelulusan Bursa Malaysia Securities untuk melanjutkan tempoh sehingga 19 Jan, 2026 bagi melengkapkan pengagihan saham yang dicadangkan.

Niche Capital Peruntuk RM23.18 Juta Untuk Pacu Projek Emas Di KK Hill, Sokor Midland

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Niche Capital Emas Holdings Bhd (NICE) merancang untuk memperuntukkan lebih kurang RM23.18 juta atau 89 peratus daripada jumlah RM26.18 juta yang dikumpulkan melalui langkah tawaran awam persendirian bagi memacu perniagaan perlombongan emasnya, terutama projek KK Hill dan Sokor Midland di Kelantan.

DGB Asia Cadang Pengurangan Modal Sebanyak RM197 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- DGB Asia Bhd, sebuah syarikat penyelesaian perisian dan kejuruteraan mencadangkan untuk melaksanakan langkah pengurangan modal melalui pembatalan modal saham terbitannya yang susut dan tidak diwakili oleh aset sedia ada sebanyak RM197 juta.

Pharmaniaga Selesai Pelan Regularisasi, Dijangka Keluar PN17 Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd menyelesaikan pelan regularisasi Nota Amalan 17 (PN17) selepas menamatkan langkah pengurangan modalnya melalui pembatalan modal saham terbitan RM520 juta.