BERITA TERKINI   PDRM sedia bantu pastikan kelancaran PRN Johor dan Negeri Sembilan - KPN | Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan dilantik Pengerusi Majlis Media Malaysia (MMM) - MMM | Media perlu kekal relevan dalam dunia digital tanpa korbankan prinsip asas kewartawanan - Teo Nie Ching | Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan dilantik Pengerusi Majlis Media Malaysia (MJM) - MJM | Pentech Holdings Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE dibuka pada 29 sen, premium sembilan sen daripada harga IPO sebanyak 20 sen, dengan 14.13 juta saham diniagakan | 

Terdapat 664 berita berdasarkan kata kunci carian " penilaian"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street berikutan pelabur kembali memberi tumpuan kepada saham teknologi, yang terus mendapat manfaat daripada kitaran pertumbuhan kecerdasan buatan (AI) yang pesat.

Dagangan Bursa Malaysia Dijangka Dalam Julat Kecil Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan dalam julat kecil dengan kecenderungan neutral ketika pelabur terus meneliti perkembangan geopolitik serta pengumuman data ekonomi penting daripada negara ekonomi utama.

Mesyuarat FOMC AS Dijangka Pengaruhi Dagangan Ringgit Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadual diadakan pada 16 dan 17 Jun dijangka mendorong ringgit diniagakan secara berhati-hati minggu depan.

Kenanga IB Naikkan Unjuran Harga MSM 2026 Sebanyak Empat Peratus Kepada RM4,400 Setan

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) bagi tahun penuh 2026 sebanyak empat peratus kepada RM4,400 setan daripada RM4,250 setan sebelum ini dengan mengambil kira fenomena El Niño.

Bursa Saham Ditutup Tinggi Dipacu Belian Saham Terpilih

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi selepas didagangkan dalam julat yang kecil, disokong oleh belian terpilih yang mengimbangi aktiviti pengambilan untung.

Guna AI Untuk Berfikir Lebih Baik, Bukan Fikir Bagi Pihak Anda - CEO MDEC

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pemilik perniagaan perlu menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk membantu tugas mereka dan tidak boleh menyerahkan proses penilaian dan pertimbangan akhir kepada teknologi tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil.

Harga MSM Dijangka Tinggi Pada Separuh Kedua 2026 Dipacu El Nino, Permintaan Biobahan Api

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan tinggi pada separuh kedua 2026, disokong kemungkinan fenomena El Nino yang kuat serta peningkatan harga minyak soya dan biji sesawi susulan lonjakan permintaan terhadap biobahan api, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Belian Saham Defensif

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, mengatasi prestasi beberapa pasaran serantau apabila penurunan semula saham teknologi global dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat mendorong pelabur beralih kepada pasaran yang lebih defensif serta berorientasikan domestik.

MIGHT Bentang Laporan Industri Rel Malaysia 2025/2026 Bagi Perkukuh Pembangunan, Daya Saing

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia untuk Teknologi Tinggi (MIGHT) hari ini membentangkan Laporan Industri Rel Malaysia 2025/2026.

KWSP, PNB, KWAP Akan Peruntuk Modal Untuk Menyokong Prinsip MY Value Up - TPM Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan memperuntukkan sebahagian daripada modal mereka untuk menyokong syarikat yang memaparkan komitmen tinggi terhadap penciptaan nilai dan melaksanakan prinsip “MY Value Up.”

Tumpuan Kekal Pada Perbelanjaan Pembangunan Dalam Belanjawan 2027 - Akmal Nasrullah 

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Kementerian Ekonomi akan terus memberi fokus kepada pembelanjaan pembangunan dalam Belanjawan 2027 yang dijangka dibentangkan pada Oktober ini, kata Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Malaysia Kekalkan Kuota Pengeluaran Minyak Bagi 2026 - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Malaysia mengekalkan kuota pengeluaran petroleum di bawah Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) bagi 2026 seperti yang dipersetujui sebelum ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.