BERITA TERKINI   Kerajaan setuju tingkat peruntukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia kepada RM150 juta - PM Anwar | 

Terdapat 865 berita berdasarkan kata kunci carian " rasmi"

PUNB Kurangkan Kadar Keuntungan Pembiayaannya Untuk Bantu Usahawan

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) telah mengurangkan kadar keuntungan pembiayaannya di bawah skim PROSPER GROW kepada 3.5 peratus setahun daripada 5.0 hingga 6.75 peratus sebelum ini untuk membantu usahawan Bumiputera menghadapi peningkatan kos operasi. 

Projek KSSA Kekal RM2.94 Bilion, Tiada Semakan Kos Setakat Ini

SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) masih berjalan seperti dirancang, dengan nilai komitmen kekal pada RM2.94 bilion walaupun wujud kebimbangan mengenai potensi kenaikan kos susulan krisis bekalan global. 

AirBorneo Lancar Promosi Diskaun 20 Peratus Bersempena Dengan Gawai, Kaamatan

KUCHING, 1 Mei (Bernama) -- AirBorneo, syarikat penerbangan milik Sarawak hari ini melancarkan kempen perayaan “Harvest in Unity”, yang menawarkan diskaun 20 peratus ke atas tambang biasa bagi semua 21 destinasi dalam rangkaian Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS).

Perbelanjaan Bagi Barisan Hadapan Kekal Dilindungi Dalam Pelarasan - Amir Hamzah

Oleh Siti Noor Afera Abu 
 

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Langkah pelarasan perbelanjaan mengurus tidak akan menjejaskan petugas barisan hadapan mahupun penyampaian perkhidmatan asas kepada rakyat, memandangkan hanya melibatkan perbelanjaan tidak kritikal, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Imperio Group Bawa Cold Storage Pertama Di Kedah

ALOR SETAR, 30 April (Bernama) -- Pasar raya premium, Cold Storage meluaskan rangkaiannya melalui pembukaan rasmi cawangan baharu di The Tenz Emporium di sini pada Khamis, sekali gus merancakkan lagi landskap ekonomi dan gaya hidup komuniti bandar raya ini.

BNM: Aset Rizab Rasmi Malaysia Pada US$126.61 Bilion Setakat Akhir Mac 2026

KUALA LUMPUR, 30 April  (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$126.61 bilion pada akhir Mac 2026, berbanding US$128.29 bilion pada akhir Februari 2026.

Amir Hamdan Letak Jawatan Sebagai Presiden Dan CEO Prasarana

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengesahkan bahawa Amir Hamdan akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan selepas hampir lapan tahun bersama syarikat.

MIDA Permudah Kelulusan Insentif Cukai Untuk 220 Projek Di Johor Pada 2025

JOHOR BAHRU, 27 April (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah mempermudah kelulusan pengecualian dan insentif cukai bagi 220 projek di Johor sekali gus memperkukuh komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap pertumbuhan industri di negeri itu pada 2025.

Malaysia Berada Di Kedudukan Strategik Manfaat Pengalihan Laluan Selat Hormuz, Kecekapan Operasi Jadi Penentu – Pakar

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menyerap peningkatan aliran perdagangan yang dialihkan melalui Selat Melaka sekiranya pengendali perkapalan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan ketegangan di Selat Hormuz yang terjejas konflik.

Semua Pendedahan Dibuat Tepat Pada Masanya Bagi Pastikan Pematuhan Amalan Terbaik - NexG

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- NexG Bhd menjelaskan semua pendedahan telah dibuat tepat pada masanya dan secara telus, serta mencerminkan pematuhan berterusan terhadap piawaian kawal selia dan amalan terbaik tadbir urus korporat.

Lebih 31,000 Kes Bankrap Direkodkan Sejak 2021 - Menteri Ekonomi

JOHOR BAHRU, 23 April (Bernama) -- Sebanyak 31,517 kes kebankrapan direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 2021 sehingga Mac 2026, dengan hampir separuh daripadanya berpunca daripada pinjaman peribadi.

Semakan Fi Jamin Kemampanan Kewangan Jangka Panjang SC - Pengerusi

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) --  Semakan fi yang dilaksanakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru-baru ini bertujuan memastikan kewangan badan pengawal selia itu mampan untuk jangka panjang berikutan struktur pendapatan semasanya adalah berkait rapat dengan aktiviti pasaran, menurut SC.