20jam ago
JOHOR BAHRU, 26 Mei (Bernama) -- Pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal menyaksikan transformasi drastik landskap luar bandar di negeri ini menerusi penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan ekonomi digital berskala makro bermula dari peringkat akar umbi.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 (S1 2026) merosot 2.9 peratus kepada RM1.91 bilion daripada RM1.97 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
22jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa apabila pelabur melakukan penjualan bagi merealisasikan keuntungan daripada pegangan ekoran ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang memuncak.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, dipengaruhi oleh aktiviti jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, telekomunikasi dan media serta produk dan perkhidmatan pengguna.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- IHH Healthcare Bhd memanfaatkan kecerdasan buatan (AI), kecekapan operasi dan pengembangan penjagaan ambulatori bagi mengurus peningkatan inflasi perubatan tanpa memindahkan sebahagian besar kos kepada pesakit.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Anak syarikat Censof Holdings Bhd, Century Software (Malaysia) Sdn Bhd telah menerima dua surat penerimaan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk kontrak dengan nilai gabungan RM19.9 juta.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Saudi Arabian Oil Company (Aramco) hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian bagi pemindahan pegangan ekuiti Aramco yang dipegang menerusi Aramco Overseas Company B.V dalam Pengerang Refining Company Sdn Bhd dan Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd (secara kolektif PRefChem) di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor, kepada Petronas.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini mengumumkan prestasi kewangan bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2026 (S1 TK2026), sekali gus membuktikan komitmen berterusan syarikat dalam memperkukuh jaminan tenaga negara, meningkatkan daya tahan grid elektrik serta memastikan manfaat jangka panjang terus dinikmati rakyat dan negara.
1hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah pada Isnin susulan pelabur bersikap berhati-hati dengan aktiviti pengambilan untung dicatatkan dalam saham wajaran tinggi terpilih, dalam persekitaran peningkatan hasil bon global dan menjelang pengumuman data inflasi AS.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd menampilkan 23 syarikat pemula niaga berimpak tinggi di Pameran Penyelesaian Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) Kohort 21, sekali gus mengukuhkan peranan program itu dalam mempercepatkan fasa pengesahan kepada fasa pengkomersialan syarikat pemula niaga.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Syarikat pelaburan impak yang disokong kerajaan, VentureTECH Sdn Bhd (VentureTECH) membuat pelaburan strategik dalam Pacton Technologies Sdn Bhd (Pacton), bagi mempertingkatkan platform pengurusan akuakultur kecerdasan buatan (AI) dan Internet untuk Pelbagai Benda (IoT), FishSpeak.