Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian " timbalan ceo"

Capital A Lantik Effendy Shahul Hamid Sebagai Timbalan CEO Berkuat Kuasa 6 April

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd melantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkuat kuasa 6 April, 2026, bagi memperkukuh dan memperkuat jajaran kepimpinan kumpulan seiring dengan langkah syarikat memasuki fasa pertumbuhan seterusnya.

AAX Tukar Jawatan Benyamin Ismail Sebagai Pengurus Besar, Lantik Tharumalingam CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) menukar jawatan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) Benyamin Ismail kepada pengurus besar berkuat kuasa hari ini sebagai sebahagian daripada penstrukturan perniagaan penerbangan AirAsia Group di bawah AAX.

Mah Sing Akan Bangun Tanah Perdana Di Pulau Pinang Dengan Unjuran GDV RM528 Juta

GEORGE TOWN, 10 Nov (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd merancang untuk melaksanakan projek pembangunan bercampur baharu, M Cora di tanah yang baru dibelinya di Pulau Pinang dengan unjuran nilai pembangunan kasar (GDVRM528 juta.

SP Setia Lantik Timbalan CEO, COO Baharu

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- SP Setia Bhd melantik Tan Hwa Min sebagai timbalan ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 17 Nov, dan Datuk Yuslina Mohd Yunus sebagai ketua pegawai operasi (COO) berkuat kuasa 1 Okt, berikutan pelantikan Datuk Zaini Yusoff sebagai presiden merangkap CEO berkuat kuasa 1 Okt.

Maybank Lantik Malique Firdauz Sebagai Pegawai Bertanggungjawab Maybank Islamic

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Maybank telah melantik Ketua Pegawai Kewangannya, Malique Firdauz Ahmad Sidique sebagai Pegawai Bertanggungjawab (OIC) kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Maybank, Perbankan Islam dan CEO Maybank Islamic Bhd (MIB) berkuat kuasa hari ini. 

Proton Lantik Ainol Azmil Sebagai Pemangku Timbalan CEO

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) telah mengumumkan pelantikan Ainol Azmil sebagai pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuatkuasa 10 Jun 2025. 

Pei-Si Lai Dilantik Sebagai CEO Kumpulan GXS Bank

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- GXBank, bank digital anak syarikat milik GXS Bank di Malaysia, mengumumkan pelantikan Pei-Si Lai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan GXS Bank berkuatkuasa 1 Jun, 2025.

Proton Mulakan Pembinaan Kilang Pemasangan EV Pertama Di Tanjung Malim

TANJUNG MALIM, 7 Feb (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.

MBSB Lantik Nur Julie Gwee Ariff CEO MIDF Amanah Investment Bank

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- MBSB Bhd melantik Datuk Seri Nur Julie Gwee Ariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDF Amanah Investment Bank Bhd baharu berkuat kuasa 1 Jan 2025.