5jam ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Cypark Resources Bhd, Cypark Renewable Energy Sdn Bhd telah menyelesaikan penebusan awal dan penuh Sukuk Musharakah Kekal Tranche 1 berjumlah RM235 juta hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bank Rakyat menerbitkan Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah bernilai RM600 juta melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berjaya menyempurnakan terbitan tranche ketujuh dan terbesar sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) di bawah program Sukuk Kelestarian Air Selangor bernilai RM1.5 bilion.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- UOB Malaysia berjaya menetapkan harga nota jangka sederhana Islam bernilai RM455 juta di bawah Tranche 7 Program Sukuk Musharakah RM2 bilion EXSIM Capital Resources Bhd (ECRB), yang distrukturkan sebagai Sukuk Musharakah SRI Hijau ASEAN.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Unit PBA Holdings Bhd, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) menerbitkan sukuk wakalah mampan sulungnya berjumlah RM300 juta dalam nilai nominal di bawah program sukuk wakalah syarikat.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Tropicana Corporation menebus satu lagi tranche program sukuk wakalah bernilai RM100 juta yang matang hari ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Eco World Development Group Bhd, Eco World Perpetual Capital Bhd melancarkan Program Sukuk Wakalah Dinilai kekal dengan nilai nominal berjumlah RM2.0 bilion.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) telah berjaya menerbitkan RM1.0 bilion Sukuk Kanan Murabahah di bawah Program Sukuk Murabahah RM10.0 bilionnya pada 25 Julai.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Pelaburan langsung terkumpul Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) meningkat kepada RM4.9 bilion daripada RM4.5 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, dengan suntikan modal ke dalam ekonomi terkumpul meningkat kepada RM5.6 bilion.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Paradigm Real Estate Investment Trust (Paradigm REIT), syarikat amanah pelaburan hartanah tempatan memeterai perjanjian penaja jamin dengan tiga bank pelaburan menjelang cadangan penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menerbitkan tranche ketujuh Sukuk Murabahah Subordinat bernilai RM250 juta di bawah Program Sukuk Murabahah RM10 bilionnya.