Terdapat 202 berita berdasarkan kata kunci carian " united kingdom"

Untung Bersih YTL Corp Susut Kepada RM325.99 Juta Bagi Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih YTL Corporation Bhd (YTL Corp) susut kepada RM325.99 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM432.63 juta pada suku sama tahun kewangan 2025.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pelabur Kaji Semula Risiko Asia Barat

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah selepas kenaikan baru-baru, apabila pelabur menilai semula risiko geopolitik dan kebimbangan inflasi berkaitan dengan ketegangan yang kembali memuncak di Asia Barat.

AICB Iktiraf Lebih 700 Profesional Perbankan, Perkukuh Bakat Masa Hadapan Malaysia Dan Serantau

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) menzahirkan iltizam berterusan dalam memperkukuh pembangunan bakat perbankan di Malaysia dan rantau ini dengan meraikan lebih 700 profesional perbankan semasa 9th Chartered Banker Conferment Ceremony.

HDC Lantik Mohd Afandi Salleh Sebagai Pengerusi, Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC), agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), melantik Prof Dr Mohd Afandi Salleh sebagai Pengerusi berkuat kuasa serta-merta.

Ketidaktentuan Geopolitik Peluang Bagi ASEAN Percepat Pembaharuan Penerbangan

BANGKOK, 13 Mei (Bernama) -- ASEAN menganggap ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi semasa membabitkan sektor penerbangan sebagai peluang bagi menyemarakkan kerjasama serantau selain mempercepat pembaharuan yang lama tertangguh.

ADB Lancar Kemudahan Pembiayaan Bagi Bantu Rantaian Bekalan Mineral Kritikal Di Asia

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) hari ini melancarkan kemudahan pembiayaan baharu bagi membantu negara-negara di Asia dan Pasifik membangunkan rantaian bekalan mineral kritikal yang diperlukan bagi tenaga bersih, bateri, kenderaan elektrik dan teknologi digital. 

Wartawan Bernama Terpilih Sertai Biasiswa Khazanah Wolfson Press Fellowship 2026

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Wartawan Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Zufazlin Baharuddin, telah terpilih menyertai Program Residensi Khazanah (KRP) Wolfson Press Fellowship 2026 anjuran Khazanah Nasional Bhd.

Di Sebalik Ketidaktentuan Global, Perdagangan Malaysia Naik 10.4 Peratus Kepada RM789.85 Bilion Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 20 April  (Bernama) -- Perdagangan Malaysia berada di trajektori pengembangan pada suku pertama 2026, berkembang 10.4 peratus kepada RM789.85 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2025, meskipun berdepan ketidaktentuan global berterusan, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

MTDC Sasar 10 Syarikat Semikonduktor Terbaik Sertai SemiconStart Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menyasarkan untuk mengenal pasti 10 syarikat semikonduktor terbaik bagi menyertai tahun pertama program SemiconStart Malaysia.

IMF Semak Naik Unjuran Pertumbuhan KDNK Sebenar Malaysia Kepada 4.7 Peratus Bagi 2026

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi tahun ini, meningkat sebanyak 0.4 mata peratusan.

Syor ADB Mengenai Kemudahan US$30 Bilion Antara Hasil Mesyuarat AFMGM Ke-13 -- MOF

PUTRAJAYA, 11 April (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN ke-13 (AFMGM) menyambut baik cadangan Bank Pembangunan Asia (ADB) mengenai kemudahan bernilai US$30 bilion (RM141 bilion) bagi tempoh 2026 hingga 2030 untuk menyokong pelaksanaan Pelan Sektor Kewangan dan Visi Komuniti ASEAN 2045.

Indonesia Sedia 15,000 Bakat AI, Tekankan Pendigitalan Pada GrabX 2026

JAKARTA, 8 April (Bernama) -- Usaha Indonesia untuk menjadikan pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) sebagai enjin baharu bagi pertumbuhan dijangka menyokong pengembangan platform seperti Grab, dengan kerajaan menyediakan 15,000 bakat sedia AI tahun ini.