1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUU PIN) akan memperkenalkan sistem pemantauan, pelaporan dan verifikasi (MRV) sebagai asas utama pelaksanaan mekanisme harga karbon dan peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) akan meneruskan rundingan pusingan keempat bagi Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) pada Jun 2026, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) akan memastikan pasaran kewangan kekal teratur dan sistem kewangan negara terus berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global melalui pemantauan pasaran yang berterusan, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) secara umumnya memegang kira-kira 45 peratus saham dalam IJM Corporation Bhd setakat 30 Jan, 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Prestasi Perbelanjaan Pembangunan (DE) 2025 untuk Negeri Sabah telah mencapai RM5.9 bilion iaitu 89 peratus berbanding peruntukan asal, kata Kementerian Kewangan, (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Sebanyak 95,285 kes bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM6.2 bilion diselesaikan sehingga 18 Februari 2026, kata Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Seramai 1,325 peniaga yang tidak berdaftar di bawah Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dikenal pasti bagi tempoh 2024 hingga Januari 2026, kata Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Penstrukturan semula subsidi dilaksanakan secara terkawal dan bersasar supaya tidak membebankan sebahagian besar rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Subsidi RON95 berkurang kepada RM1.8 bilion pada suku keempat 2025, berbanding RM3 bilion yang dicatatkan pada suku keempat 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, Mac 4 (Bernama) -- Komitmen Malaysia berkaitan Kepastian Perlesenan yang termaktub dalam Kenyataan Bersama Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) (Artikel 5.2) dan Memorandum Persefahaman (MoU) Mineral Kritikal (Seksyen 3, Kawasan Kerjasama) tidak menjejaskan keputusan kerajaan untuk menguatkuasakan syarat teknikal ke atas Lynas Malaysia atau syarikat unsur nadir bumi (REE) lain yang bakal diluluskan pengoperasiannya di Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Perbelanjaan sebenar subsidi diesel berkurang kepada RM6.2 bilion pada 2025 berbanding RM10.1 bilion pada 2024, sekali gus mencatatkan penjimatan sebanyak RM4 bilion.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) mentadbir, menguruskan dan memegang dana tertangguh berjumlah RM452 juta, iaitu setakat 31 Disember 2025.