BERITA TERKINI   Airbus mengesahkan AirAsia tempah 150 pesawat A220, satu perjanjian bersejarah untuk model itu. | 

Terdapat 6642 berita berdasarkan kata kunci carian "mbi"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Ketegangan Geopolitik

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang semakin mereda telah melonjakkan sentimen pasaran secara keseluruhan dan menggalakkan minat risiko yang lebih luas merentasi ekuiti serantau, kata seorang penganalisis.

Visa Lancar Program Agentic Ready Untuk Sokong Ekosistem Pembayaran Digital

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Syarikat pembayaran digital Visa telah melancarkan program "Visa Agentic Ready" untuk menyokong ekosistem pembayaran dalam era perdagangan berejen.

Import Kenderaan Elektrik CBU Tertakluk Kepada Dua Syarat Utama Mulai 1 Julai 2026 - MITI

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Semua pengimportan kenderaan elektrik (EV) yang dipasang siap di luar negara (CBU) tertakluk kepada dua syarat utama termasuk had kuasa motor minimum diselaraskan daripada 200kW kepada 180kW dan ke atas, mulai 1 Julai, 2026.

Permintaan Domestik Perkukuh Ekonomi Malaysia Di Tengah-tengah Konflik Global -- Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Permintaan domestik kekal sebagai penampan utama bagi ekonomi Malaysia di tengah-tengah konflik yang berterusan di Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Affin Kumpulan Affin Alan Tan. 

Bank Indonesia Kemuka Tujuh Langkah Stabil Rupiah Di Tengah-tengah Kelemahan Mata Wang

JAKARTA, 6 Mei (Bernama) -- Bank Indonesia (BI) menyediakan tujuh langkah yang bertujuan memperkukuh dan menstabilkan nilai rupiah selepas mata wang itu melemah sejak kebelakangan ini, dan inisiatif itu telah diluluskan oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto.

ASEAN Sasar Penyelesaian Keselamatan Tenaga Jangka Panjang, Pemeteraian DEFA

Daripada Niam Seet Wei

CEBU (Filipina), 6 Mei (Bernama) -- ASEAN sedang meneliti penyelesaian jangka sederhana dan jangka panjang untuk memperkukuh keselamatan tenaga dan daya tahan rantau ini dalam mendepani ketidaktentuan global, kata Timbalan Setiausaha Jabatan Perdagangan dan Industri (DTI) Filipina Allan Gepty.

MDEC Mudah Cara Potensi Peluang Bernilai RM450 Juta Di Sushi Tech Tokyo 2026

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memudah cara potensi peluang bernilai lebih RM450 juta pada SusHi Tech Tokyo 2026, antara platform pemula niaga dan inovasi terkemuka di Asia.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat pada dagangan Rabu, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street ketika penurunan harga minyak memulihkan sentimen para pelabur, kata penganalisis.

Pembinaan Lebuh Raya Pacu Pertumbuhan Ekonomi Negara - LLM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Pembinaan lebuh raya terus menjadi pemangkin penting kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui penjanaan pekerjaan, pengukuhan rantaian bekalan serta pembukaan peluang perniagaan, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Minat Belian Ketara Saat Akhir Pacu Bursa Malaysia Ditutup Raih 7.66 Mata

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan mengatasi penyusutan awal apabila ditutup tinggi dalam dagangan Selasa, didorong oleh momentum belian pada lewat tengah hari ini.

Projek KSSA Kekal RM2.94 Bilion, Tiada Semakan Kos Setakat Ini

SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) masih berjalan seperti dirancang, dengan nilai komitmen kekal pada RM2.94 bilion walaupun wujud kebimbangan mengenai potensi kenaikan kos susulan krisis bekalan global. 

PDC, MAHB Lulus Tubuh Syarikat Usahasama Laksana Projek PILA

GEORGE TOWN, 5 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meluluskan penubuhan Syarikat Usahasama PILA Sdn Bhd bagi melaksanakan projek Penang International Logistics Aeropark (PILA).