Terdapat 59 berita berdasarkan kata kunci carian "mbsb ib"

Aliran Masuk Bersih RM319.8 Juta Daripada Sektor Teknologi, Perindustrian, Kewangan - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Sektor teknologi, produk perindustrian dan perkhidmatan serta perkhidmatan kewangan telah menarik gabungan aliran masuk bersih sebanyak RM319.8 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Projek Pusat Data Kekal Sebagai Pemacu Pertumbuhan Sektor Pembinaan - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Projek-projek pusat data dijangka kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama untuk sektor pembinaan Malaysia, disokong oleh pengembangan hiperskala, pelaburan yang semakin meningkat dalam infrastruktur digital dan lonjakan keperluan tenaga, menurut MBSB Bank Investment Bhd (MBSB IB).

Institusi Tempatan Teruskan Pembelian Bagi Minggu Kelima Berturut-turut Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih mereka di Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM233.2 juta pada minggu lepas di tengah-tengah penjualan asing yang berterusan di seluruh pasaran ekuiti serantau.

Bank-Bank Diunjur Raih Pendapatan Kukuh, Tekanan Peminjam Terus Ketara -- MBSB IB

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Sektor perbankan dijangka mencatat prestasi suku pertama tahun kewangan 2026 yang lebih kukuh walaupun dalam senario krisis Asia Barat manakala tekanan kos boleh mendorong kepada langkah bantuan ekonomi serta penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Sektor Insurans Malaysia Dijangka Kekalkan Pertumbuhan Pada Suku Pertama 2026 - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 27 April  (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan sektor insurans Malaysia akan mengekalkan momentum pertumbuhannya pada suku pertama 2026, disokong oleh segmen insurans am dan insurans hayat yang lebih kukuh.

Institusi Tempatan Teruskan Belian, Catat Aliran Masuk Bersih RM534.2 Juta

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Institusi tempatan meruskan pembelian bersih bagi minggu kedua di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM534.2 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) hari ini.

Pelabur Asing Catat Aliran Masuk RM17.35 Bilion Di Lapan Pasaran Asia Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih bagi dua minggu berturut-turut merentasi lapan pasaran Asia, dengan jumlah aliran masuk bersih mencecah US$4.39 bilion (RM17.35 bilion), menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Sektor O&G Kekal Berdaya Tahan Meskipun Penurunan Unjuran Prospek Minyak 2026 IEA

KUALA LUMPUR,17 April (Bernama) -- Sektor minyak dan gas kekal positif meskipun Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menyemak turun secara ketara unjuran permintaan minyak bagi 2026 daripada pertumbuhan 730,000 tong sehari kepada 80,000 tong sehari.

MBSB IB Jangka Harga Brent, MSM Kekal Melebihi Paras Sokongan

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd menjangka harga penanda aras minyak mentah Brent dan minyak sawit mentah (MSM) kekal melebihi paras sokongan serta berpotensi menguji semula paras rintangan, masing-masing pada US$114 setong dan RM4,890 satu tan dalam tempoh terdekat ini.

Dana Asing Catat Aliran Masuk Bersih RM470.3 Juta

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan pembelian bersih mereka kepada tiga minggu berturut-turut, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM470.3 juta, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

MBSB IB Kekal Pandangan Positif Sektor Pembinaan, Didorong Permintaan Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan pandangan positif terhadap sektor pembinaan, disokong oleh permintaan sektor swasta yang kekal kukuh serta pelaksanaan projek awam yang semakin rancak.

Prospek Sektor Penjagaan Kesihatan Kekal Positif Walaupun Kekurangan Kakitangan

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan pendirian positif terhadap sektor penjagaan kesihatan di Malaysia walaupun terdapat kekurangan kakitangan perubatan.