KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan lebih tinggi pada sesi dagangan awal hari ini.
Pada jam 9.45 pagi, kontrak Oktober 2025 meningkat 3.5 mata kepada 1,615.0 manakala November 2025 naik 2.5 mata kepada 1,614.0, Disember 2025 menokok tiga mata kepada 1,614.0 dan kontrak Mac 2026 meraih setengah mata kepada 1,594.5.
Jumlah dagangan sebanyak 1,459 lot dan kepentingan terbuka sebanyak 42,130 kontrak.
Petunjuk utama pasaran FBM KLCI meraih 2.38 mata kepada 1,614.67 selepas 51 minit dagangan dijalankan berbanding paras 1,612.29 pada akhir dagangan semalam.
-- BERNAMA