DUNIA

Sumbangan China Galak Kesamaan Jantina Dapat Pujian

20/10/2025 04:36 PM

BEIJING, 20 Okt (Bernama-CMG)-- China memberi sumbangan signifikan dalam usaha menggalakkan kesamaan jantina di peringkat global, kata Pengarah Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Rantau Asia Pasifik, Christine Arab.

Beliau berkata kaum wanita China melakar kejayaan besar dalam pengambilan pekerjaan, malah kira-kira 55 peratus daripada pengusaha perniagaan dalam talian di negara Tembok Besar adalah wanita.

"Sejumlah syarikat swasta China yang dipimpin wanita muncul sebagai model sektor terbabit di sesebuah tempat.

"Syarikat berkenaan bukan sahaja berperanan sebagai peneraju di dalam negeri, malah membawa konsep inovatif dan kepimpinan kepada syarikat serta wanita muda di luar negara, sekali gus membantu mereka menjadi peneraju dalam sektor masing-masing," katanya dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).

Christine  berkata China terus meningkatkan peruntukan untuk memacu kerjasama Selatan-Selatan, termasuk menggalakkan perkongsian ilmu dan memperkukuh usaha inovasi serta sokongan terhadap peringkat akar umbi, di samping mendorong kesamaan jantina dan pemerkasaan wanita.

Menurut beliau, sebagai rakan kerjasama penting bagi majoriti negara di dunia, China sentiasa memasukkan usaha berkaitan wanita dan kesamaan jantina dalam agenda kerjasama sepanjang sedekad lalu.

–BERNAMA-CMG

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2480837