Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, menjejaki prestasi kebanyakan pasaran serantau, didorong oleh aktiviti pengambilan untung.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 14.14 mata atau 0.87 peratus kepada 1,602.69 daripada paras penutup 1,616.83 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks utama dibuka tinggi naik 0.73 mata kepada 1,617.56, paras tertinggi harian, seterusnya bergerak antara paras 1,607.88 dan 1,615.93 sepanjang hari dagangan.
Suasana pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 699 berbanding 355, manakala 491 kaunter tidak berubah, 1,148 tidak diniagakan dan 31 digantung.
Jumlah dagangan menyusut kepada 3.41 bilion unit bernilai RM2.34 bilion daripada 3.68 bilion unit bernilai RM2.55 bilion pada Selasa.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata saham teknologi berhenti sektika selepas kenaikan sebelum ini, susut 0.24 peratus berbanding semalam dan menjejaki kemerosotan Indeks Komposit Nasdaq Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan, pembetulan Nasdaq sebahagian besarnya disebabkan oleh amaran pendapatan penting (keuntungan syarikat pada suku akan datang dijangka akan merosot dengan ketara) daripada syarikat peralatan semikonduktor terkemuka Belanda, ASML Holding yang menyebabkan kejutan melalui rantaian bekalan cip global dan menyebabkan perpecahan (menjejaskan aset atau liabilti) yang semakin meningkat dalam pasaran teknologi.
Thong berkata pelabur berhenti seketika selepas Presiden AS Donald Trump memberitahu bawaha pertemuan yang dirancang dengan Presiden China Xi Jinping mungkin tidak berlaku.
He believes such political uncertainty will increase market volatility and cautious trading.
"Paras 1,600 terus bertindak sebagai sokongan penting untuk indeks penanda aras, justeru aktiviti belian semasa harga murah mungkin akan berlaku sekiranya indeks menghampiri paras ini.
“Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan kekal dalam lingkungan 1,600-1,630 mata untuk beberapa hari dalam minggu ini," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB turun 15 sen kepada RM7.20, Public Bank merosot enam sen kepada RM4.21, Hong Leong Bank berkurangan 46 sen kepada RM20.50 danTenaga Nasional menguncup 16 sen kepada RM13.08, bagaimanapun Maxis naik satu sen kepada RM3.81.
Bagi saham paling aktif, Verdant Solar Bhd yang baharu disenaraikan, ditutup pada 37 sen, naik enam sen daripada harga terbitan, Tanco dan Land & General meningkat setengah sen masing-masing kepada 87.5 sen dan 18.5 sen, Perak Transit turun 30 sen kepada 33.5 sen dan Pharmaniaga berkurangan 1.5 sen kepada 26 sen.
Saham paling untung menyaksikan United Plantations naik 76 sen kepada RM24.42, Fraser & Neave melonjak 18 sen kepada RM28.32, Bursa Malaysia menambah 17 sen kepada RM8.49, Sungei Bagan Rubber meningkat 15 sen kepada RM5.77, mankala Vitrox menokok 12 sen kepad RM4.47.
Bagi saham paling rugi, Nestle turun RM1.20 kepada RM108.30, Petronas Dagangan berkurangan 30 sen kepada RM22.24, Hi Mobility merosot 16 sen kepada RM2.50 dan Bintulu Port menguncup 15 sen kepada RM5.18.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 82.50 mata kepada 12,000.20, Indeks FBMT 100 turun 77.54 mata kepada 11,735.85, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 58.93 mata kepada 12,098.52, Indeks FBM 70 merosot 0.73 mata kepada 17,114.20, manakala Indeks FBM ACE menguncup 21.17 mata kepada 5,290.26.
Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 185.25 mata kepada 18,068.23, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot sebanyak 1.02 mata kepada 170.36, Indeks Tenaga berkurangan 6.88 mata kepada 785.40, manakala Indeks Perladangan naik 6.75 mata kepada 7,907.82.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.76 bilion unit bernilai RM2.02 bilion daripada paras penutup 1.68 bilion unit bernilai RM2.21 bilion pada Selasa.
Jumlah dagangan waran turun kepada 1.16 bilion unit bernilai RM140.62 juta daripada 1.58 bilionunit bernilai RM189.80 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 482.47 juta unit bernilai RM168.77 juta daripada 425.07 juta unit bernilai RM145.50 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 554.74 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (250.70 juta), pembinaan (113.11 juta), teknologi (194.90 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (52.26 juta), hartanah (262.99 juta), perladangan (22.22 juta), REIT (11.33 juta), dana tertutup (2,400), tenaga (103.65 juta), penjagaan kesihatan (131.94 juta), telekomunikasi dan media (21.98 juta), pengangkutan dan logistik (18.12 juta), utiliti (26.11 juta), dan amanah perniagaan (19,900).
-- BERNAMA