KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.17 pagi, November 2025 meningkat 6.0 mata kepada 1,625.0, Disember 2025 dan Mac 2026, masing-masing naik 7.5 mata kepada 1,626.0 dan 1,608.5 serta Jun 2026 menambah 4.0 mata kepada 1,611.5.
Jumlah dagangan sebanyak 871 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,104 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 0.98 mata kepada 1,618.55 selepas 35 minit dagangan daripada 1,617.57 pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA