EKONOMI

IPO Liftech Terlebih Langgan Sebanyak 18.92 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

19/06/2026 05:04 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Saham tawaran awam awal (IPO) LifTech Group Bhd yang tersedia untuk rakyat negara ini mencatat keadaan terlebih langgan sebanyak 18.92 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 30 Jun, 2026.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, syarikat peralatan pengangkatan dan pengendalian industri itu menjelaskan sebanyak 5,636 permohonan bagi 314.74 juta saham terbitan bernilai RM91.3 juta telah diterima daripada rakyat negara ini untuk 15.80 juta saham terbitan yang tersedia untuk permohonan itu.

“Bagi bahagian bumiputera, sebanyak 2,960 permohonan bagi 161.55 juta saham terbitan telah diterima, yang mewakili kadar terlebih langgan sebanyak 19.45 kali.

“Bagi bahagian awam, sebanyak 2,676 permohonan bagi 153.24 juta saham terbitan telah diterima, yang mewakili kadar terlebih langgan sebanyak 18.40 kali,” katanya.

Menurut LifTech sejumlah 7.24 juta saham terbitan yang diperuntukkan kepada individu yang layak telah dilanggan sepenuhnya.

Sebanyak 32.63 juta saham terbitan yang ditawarkan melalui tawaran persendirian kepada pelabur terpilih turut dilanggan sepenuhnya.

“Sebanyak 39.37 juta saham IPO yang disediakan untuk pelabur bumiputera terpilih yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah dilanggan sepenuhnya.

“Berdasarkan tawaran persendirian kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh MITI dan pelabur terpilih, sejumlah 72 juta saham telah diperuntukkan kepada 202 pelabur,” tambahnya.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2570506