AM > BERITA

ANWAR PUJI PENGALAMAN LUAS AWANG BEMEE

22/07/2024 01:23 PM

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mempunyai pengalaman luas di peringkat negeri dan Persekutuan serta mampu mengangkat martabat Dewan Negara ke tahap yang lebih tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelantikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka, Sarawak itu adalah bagi menggantikan Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pada 10 Mei lepas. 

“Hadir ke Dewan Negara pagi ini bagi pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

“Pengalaman luas beliau, baik di peringkat negeri dan persekutuan, pastinya mampu mengangkat martabat Dewan Negara ke tahap yang lebih tinggi lagi,” kata Anwar dalam catatan terbaharu menerusi Facebook beliau.

Anwar mengemukakan nama Awang Bemee, yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dipilih pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan