AM > BERITA

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Salur Bantuan Kepada Pesara Tentera, Polis Kampung Pasir

29/08/2024 08:58 PM

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) hari ini menyalurkan sumbangan berupa 300 bakul makanan kepada pesara tentera dan polis di Kampung Pasir, Johor Bahru, Johor.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu disalur bagi menghargai serta mengenang jasa anggota tentera dan polis yang telah berkorban untuk negara. 

Turut disumbangkan ialah 100 bakul makanan kepada keluarga asnaf di kampung berkenaan. 

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian kepada Pegawai Daerah Johor Bahru Datuk Asman Shah Abd Rahman di Dewan Kompleks Tan Sri Muhamed Rahmat, Kampung Pasir bagi pihak penerima. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan