DUNIA > BERITA

MISI MENYELAMAT DIJALANKAN SELEPAS DUA TANGKI TERBAKAR BERHAMPIRAN PEDRA BRANCA

19/07/2024 04:28 PM

SINGAPURA, 19 Julai (Bernama) -- Satu misi menyelamat sedang dijalankan susulan kebakaran di atas dua kapal tangki kira-kira 55 kilometer timur laut Pedra Branca dalam Kawasan Pencarian dan Penyelamatan Maritim Singapura.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan, berkata mereka telah dimaklumkan mengenai insiden melibatkan kapal tangki yang didaftarkan di Singapura, Hafnia Nile dan kapal tangki yang didaftarkan di São Tomé dan Príncipe, Ceres 1, pada kira-kira 6.15 pagi Jumaat.

Sebuah kapal Tentera Laut Republik Singapura, RSS Supreme, yang berada berhampiran lokasi kejadian, sedang memberikan bantuan.

MPA berkata sebuah helikopter Tentera Udara Republik Singapura juga telah dihantar dan membantu dalam pemindahan anak kapal.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan