DUNIA > BERITA

Dua Petugas Media Al Jazeera Terbunuh Dalam Serangan Israel Di Gaza

01/08/2024 02:15 AM

BANDARAYA GAZA, 31 Julai (Bernama-Anadolu) -- Dua petugas media televisyen Qatar Al Jazeera terbunuh dalam serangan udara Israel di sini pada Rabu.

Agensi Anadolu melaporkan penyiar yang berpangkalan di Doha itu menyatakan bahawa wartawan Ismail al-Ghoul dan jurukameranya Rami al-Rifi terkorban dalam serangan yang menyasarkan sebuah kereta berhampiran kawasan Aidia di barat bandar raya itu.

Pejabat Media Kerajaan Gaza berkata kematian baharu ini menjadikan jumlah wartawan Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza mencecah 165 orang sejak 7 Oktober 2023, katanya.

Dalam satu kenyataan, pejabat media itu menyeru masyarakat antarabangsa dan organisasi media “untuk menghalang pendudukan (Israel) dan mendakwa mereka di mahkamah antarabangsa atas jenayah berterusan mereka, dan mendesak mereka menghentikan jenayah genosid serta menghentikan pembunuhan  wartawan Palestin."

Sekurang-kurangnya 39,445 rakyat Palestin telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 91,000 cedera dalam serangan kejam berterusan Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

-- BERNAMA-ANADOLU 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan