DUNIA > BERITA

Rusia Maklumkan Iaea Mengenai Serpihan Peluru Berpandu Di Loji Kuasa Nuklear

10/08/2024 02:02 PM

MOSCOW, 10 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Rusia pada Jumaat memaklumkan kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bahawa serpihan yang dipercayai berasal daripada peluru berpandu yang ditembak jatuh ditemui berhampiran Loji Kuasa Nuklear Kursk (Kursk NPP) selepas serangan Ukraine di wilayah itu, lapor Xinhua.

"Pada 8 Ogos, serpihan dan sisa yang dipercayai daripada peluru berpandu ditemui di kawasan loji termasuk berhampiran kemudahan pemprosesan sisa radioaktif.

"Walaupun tiada laporan yang mengesahkan mengenai serangan langsung terhadap bandar Kurchatov, loji kuasa nuklear atau infrastruktur tenaga berkaitan, situasi kekal tegang," kata misi tetap Rusia ke organisasi antarabangsa di Vienna dipetik oleh Agensi Berita TASS di saluran Telegram rasminya.

Loji Kuasa Nuklear Kursk terletak di bandar Kurchatov, kira-kira 40 kilometer di barat bandar Kursk, berhampiran Sungai Seim.

Ukraine melancarkan serangan besar-besaran ke atas kedudukan pertahanan di wilayah Kursk, Rusia pada Selasa.

Pada Jumaat, Rusia mengisytiharkan darurat di wilayah terbabit susulan situasi yang semakin tegang.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan