DUNIA > BERITA

Bina Bumi Keluarga Besar Yang Harmoni: Xi

21/08/2024 02:03 PM

BEIJING, 21 Ogos (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping berkata China bersedia berganding tangan dengan pelbagai negara untuk mempromosikan dunia multipolar yang sama rata dan teratur, serta globalisasi ekonomi yang inklusif dan menguntungkan semua pihak.

China akan terus menyokong Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) memperkasakan pertukaran dan kerjasama dengan Kesatuan Antara Parlimen (IPU), demi membina Bumi menjadi keluarga besar yang harmoni.

Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan pemimpin parlimen negara asing yang menghadiri aktiviti peringatan ulang tahun ke-40 keanggotaan NPC dalam IPU, di Dewan Besar Rakyat di sini, pada Selasa.

Pembinaan modenisasi di China bukanlah untuk kebaikan diri semata-mata, China bersedia bersama negara membangun lain untuk mendorong modenisasi dunia yang pelbagai negara membangun secara damai, bekerjasama saling untung, dan makmur bersama, kata Xi.

Beliau berkata China ialah anggota "Selatan Global". Oleh itu, bersatu padu dan bekerjasama rapat dengan negara membangun adalah asas hubungan luar China.

Xi menyatakan China akan terus menyokong NPC meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan IPU, meningkatkan pertukaran pengalaman legislatif dan tadbir urus negara, bersama meningkatkan kemampuan dalam menjalankan tugas, agar membina iklim perundangan baik dan asas kalangan rakyat yang kukuh demi merapatkan persahabatan dan kerjasama antara negara  "Selatan Global".

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan