DUNIA > BERITA

Kapal Layar Karam: Identiti 5 Mangsa Disahkan, 1 Masih Hilang

23/08/2024 09:40 AM

ROM, 23 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Lima mayat yang ditemukan di dalam bahagian kapal layar Beyers dikenal pasti, dengan seorang lagi mangsa masih hilang, menurut media Itali.

Identiti mayat kelima yang dijumpai pada Rabu disahkan sebagai Mike Lynch, pengasas teknologi dari Britain.

Empat lagi mangsa disahkan sebagai Pengerusi Morgan Stanley International, Jonathan Bloomer, isterinya Judy Bloomer, peguam Chris Morvillo dan isterinya Neda Morvillo.

Seorang lagi masih hilang adalah Hannah, anak perempuan Mike Lynch yang berusia 18 tahun.

Operasi mencari diteruskan sepanjang hari dan akan disambung semula pagi Jumaat, lapor Xinhua.

Kapal layar sepanjang 56 meter itu berlabuh berhampiran pantai Porticello di pulau Sicily, selatan Itali apabila ia dilanda ribut kuat.

Seramai 15 daripada 22 penumpang dan anak kapal berjaya diselamatkan, dengan lapan daripada mereka dikejarkan ke hospital tempatan.

Usaha menyelamat terhalang akibat cuaca buruk dan kedudukan kapal layar yang karam.

Meskipun dengan bantuan robot pencarian bawah laut kawalan jauh, penyelam menghadapi kesukaran untuk mengakses bahagian dalam kapal sehingga Rabu.

-- BERNAMA-XINHUA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan