DUNIA > BERITA

207 Institusi Kewangan Berdaftar Sertai CIFTIS 2024

23/08/2024 01:58 PM

BEIJING, 23 Ogos (Bernama-CMG) -- Sesi Perkhidmatan Kewangan sempena Ekspo Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2024 akan diadakan di Taman Shougang Beijing pada 12 hingga 16 Sept.

Sebanyak 207 institusi dan firma kewangan dari dalam dan luar negara telah berdaftar untuk menyertai sesi perkhidmatan kewangan kali ini.

Antaranya 104 syarikat akan membuka gerai secara fizikal, berkongsi pengalaman dan hasil baharu mereka dalam sektor kewangan.

Menurut pihak penganjur, ruang pameran sesi perkhidmatan kewangan CIFTIS edisi ini mencakupi kawasan seluas 14,000 meter persegi, menjadikan ia pameran kewangan yang bertaraf paling tinggi, berskala paling besar dan pengaruhnya paling tinggi di China.

Sebanyak 50 institusi kewangan asing seperti HSBC dan Master Card akan mempamerkan teknologi dan produk paling maju, di samping memperlihatkan peluang kerjasama antara institusi kewangan asing dengan pasaran China.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan