DUNIA > BERITA

Ketua Parti Gabungan Pemerintah Jepun Yamaguchi Umum Tidak Bertanding

10/09/2024 05:39 PM

TOKYO, 10 Sept (Bernama-Xinhua) -- Natsuo Yamaguchi, ketua parti gabungan pemerintah Jepun, Komeito, pada Selasa mengumumkan bahawa beliau akan berundur dan tidak bertanding dalam pemilihan kepimpinan parti yang akan datang, lapor Xinhua.

Yamaguchi membuat pengumuman itu dalam satu sidang media, menandakan perubahan kepimpinan pertama bagi Komeito dalam tempoh 15 tahun.

Ahli politik berusia 72 tahun itu akan berundur selepas tamat penggal kelapannya pada 28 Sept susulan keputusannya untuk tidak bertanding dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 18 Sept.

Yamaguchi, yang mengetuai Komeito sejak 2009, memainkan peranan penting dalam kerajaan gabungan dengan Parti Demokratik Liberal (LDP), terutama menyumbang kepada kejayaan parti dalam pilihan raya kebangsaan.

Dengan pengunduran Yamaguchi, Setiausaha Agung Keiichi Ishii, 66, dijangka menang tanpa bertanding dan kemungkinan dilantik sebagai ketua baharu pada konvensyen parti pada 28 Sept.

-- BERNAMA-XINHUA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan