EKONOMI > BERITA

GANGGUAN IT GLOBAL: TUNE PROTECT BERI SOKONGAN KEPADA PENUMPANG AIRASIA

22/07/2024 08:40 PM

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Tune Protect Group Bhd, penyedia insurans perjalanan eksklusif AirAsia, memberi sokongan kepada penumpang yang terjejas ekoran gangguan teknologi maklumat (IT) global baru-baru ini.

Syarikat itu menjelaskan pihaknya ingin memastikan penumpang AirAsia yang telah membeli Insurans Perjalanan AirAsia atau Insurans AirAsia MOVE menerima bantuan yang mereka perlukan dalam tempoh mencabar ini.

“Syarikat memahami kesulitan dan kekecewaan yang timbul akibat gangguan itu.

“Penumpang  AirAsia yang telah membeli Insurans Perjalanan AirAsia atau Insurans AirAsia MOVE yang  terjejas ekoran kelewatan penerbangan semasa tempoh ini digalakkan untuk menyemak semula polisi perlindungan mereka dan mengemukakan tuntutan kelewatan penerbangan sewajarnya,” menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.

Tune Protect memaklumkan tuntutan kelewatan penerbangan itu bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan.

“Sebagai rakan kongsi insurans eksklusif AirAsia, Tune Protect memberikan komitmen untuk membantu penumpang mereka pada masa-masa memerlukan,” tambahnya.

Layari www.tuneprotect.com atau hubungi 03-2056 6200 untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan atau untuk mendapatkan khidmat pelanggan Tune Protect.

Pada Jumaat lepas, institusi utama, termasuk syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara, dilaporkan terjejas berikutan gangguan IT global yang dikaitkan dengan CrowdStrike.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan