BELANJAWAN 2024 > BERITA

Kabinet Tidak Benarkan Anggota Pentadbiran Tanding Jawatan Persatuan Sukan - Nik Nazmi 

28/08/2024 09:47 PM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kabinet hari ini memutuskan bahawa anggota pentadbiran iaitu menteri dan timbalan menteri tidak boleh bertanding jawatan dalam persatuan sukan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sehubungan dengan itu, beliau menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

"Saya akan terus komited menyokong KLFA membangunkan ekosistem bola sepak yang sihat dan menyokong kejayaan KL City FC sebagai pasukan bola sepak profesional," katanya menerusi hantaran dalam platform X hari ini.

Pada masa sama, katanya beliau akan terus menaungi kelab bola sepak Setiawangsa Rangers yang merupakan antara kelab gabungan KLFA yang diasaskan olehnya sejak 2018.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Setiawangsa itu menamakan beberapa muka untuk menjawat posisi Ahli Jawatankuasa KLFA bagi mengemudi badan induk berkenaan menjelang pemilihan Exco baharu dalam Mesyuarat Agong Tahunan persatuan itu nanti.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turut menawarkan diri untuk bertanding jawatan sebagai Presiden KLFA pada 7 September ini.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan