KPDN PERAK SITA LEBIH 400 BUNGKUSAN MAKANAN RINGAN GUNA LOGO HALAL TIDAK SAH

19/07/2024 11:50 AM

IPOH, 19 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 463 bungkusan makanan ringan pelbagai jenis yang menggunakan logo halal tidak sah dengan nilai dianggarkan berjumlah RM2,720 di Buntong di sini, semalam.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata tindakan itu diambil selepas pihaknya membuat serbuan terhadap sebuah premis makanan ringan di Kampung Kacang Putih kerana disyaki menggunakan logo halal yang tidak sah bagi tujuan perdagangan dan jualan di pasaran.

Beliau berkata pihaknya telah menjumpai sejumlah produk makanan ringan yang telah ditandakan dengan logo halal tidak sah digunakan bagi tujuan perdagangan selain mendapati produk dikeluarkan adalah untuk jualan runcit serta borong sekitar utara Semenanjung Malaysia.

“Kes disiasat di bawah Perintah 8(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan itu adalah halal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan