DUMMY TOP STORY B.COM - LELAKI DITAHAN BANTU SIASATAN KEROSAKAN PATUNG BATU PAMERAN

31/07/2024 01:45 PM

KLUANG, 16 Mac (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki berusia 30-an, Khamis lepas bagi membantu siasatan kes merosakkan patung batu yang dipamerkan di sebuah rumah ibadat di Taman Rekamas, Simpang Renggam dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima satu laporan berkaitan kejadian pada 10.40 pagi, Rabu lepas.

“Kira-kira pukul 1.20 pagi (Khamis), sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang dan Balai Polis Simpang Rengam telah menahan seorang lelaki di Kampung Kurnia, Bandar Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki itu tidak memiliki rekod jenayah dan didapati negatif terhadap dadah.

Lelaki itu, katanya kini direman hingga esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan