Wanita Maut Tercampak Dari SUV Terbabas Di Taiping

20/08/2024 02:48 PM

IPOH, 20 Ogos (Bernama) -- Seorang wanita maut selepas tercampak dari kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kemalangan di Kilometer (KM) 256.2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan berhampiran Trong, Taiping hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata wanita yang belum dikenal pasti identiti dan usianya itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 11.05 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong dikerahkan ke lokasi kejadian. 

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Fortuner terbabas dan terbalik, dan terdapat dua mangsa. 

"Seorang mangsa wanita disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi kejadian, manakala mangsa lelaki hanya mengalami cedera ringan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala lelaki yang cedera diberi rawatan awal oleh petugas kesihatan dan operasi tamat sepenuhnya pada 12 tengah hari.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan