FOKUS BERNAMA

COVID-19: Kes Aktif Tinggal 26,903 ; 92 Peratus Dikuarantin Di Rumah

26/11/2022 12:28 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 19 Nov hingga pukul 11:59mlm 25 Nov 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.98 juta kes. Di peringkat global, lebih 645 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.63 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 624 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah seminggu kes harian baharu COVID-19 (19 Nov-25 Nov 2022) susut sekitar tujuh peratus kepada 18,158 kes berbanding 19,515 kes untuk tempoh yang sama (12 Nov-18 Nov 2022).

Angka kes baharu COVID-19 di Malaysia kekal bawah paras 4,000 dan semalam (25 November), sebanyak 3,024 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan termasuk lapan (8) kes kematian dan tujuh (7) kes import.

Jumlah kes aktif COVID-19, menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKMNOW dikemaskini pukul 11:59mlm 25 November 2022 adalah sebanyak 26,903 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 24,752 kes (92 peratus) dikuarantin di rumah.

pic-2

Untuk rekod, sebanyak 56 kes kematian dilaporkan untuk tempoh seminggu Rangkuman Mingguan Bernama ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian negara akibat COVID-19 sebanyak 36,644 kes.

Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan kes empat angka iaitu sebanyak 1,069 kes, diikuti Melaka (268), Sabah (266), WP Kuala Lumpur (223), Pulau Pinang (178), Sarawak (145), WP Putrajaya (140), Perak (132), Kedah (126), Kelantan (114), Negeri Sembilan (106) dan Pahang (102).

Kes dua angka dilaporkan di Terengganu (72), Johor (49) dan WP Labuan (27) sementara Perlis mencatat kes satu angka (7).

Untuk bulan November 2022 setakat ini, angka kes harian melepasi paras 4,000 hanya pada 3 Nov (4,711), 4 Nov (4,360) dan 5 Nov (4,621). Kali terakhir negara mencatat kes 4,000 ialah pada 14 Ogos 2022 sebanyak 4,071 kes. Kes terendah dicatat pada 20 November (1,633). Peningkatan kes harian baharu COVID-19 negara dikaitkan dengan penularan subvarian Omicron XBB.

 

Sebanyak 2,969 kes sembuh pesakit COVID-19 diaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes sembuh negara setakat ini sebanyak 4,917,827 kes.

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 19 Nov hingga 25 Nov 2022:-

​​​​​​​pic-4

19 Nov (2,450), 20 Nov (1,633), 21 Nov (2,121), 22 Nov (2,516), 23 Nov (3,537), 24 Nov (2,877) dan 25 Nov (3,024).

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang 12 Nov hingga 18 Nov 2022:-

12 Nov (2,882), 13 Nov (2,234), 14 Nov (1,749), 15 Nov (2,852), 16 Nov (3,304), 17 Nov (3,457) dan 18 Nov (3,037).

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura untuk tempoh 19 Nov hingga 24 Nov 2022, seperti berikut:-

19 Nov (1,666), 20 Nov (1,167), 21 Nov (1,098), 22 Nov (2,388), 23 Nov (1,688), 24 Nov (1,615) dan 25 Nov (1,349).

 

Dengan sebanyak 4,981,374 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini menduduki tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,336,293) dan Greece (5,360,506).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (117,840) diikuti oleh Brazil (56,889) dan Korea Selatan (53,698).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,104,743 kes.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

pic-3

Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 25 Nov 2022 menunjukkan 24,752 kes (92 peratus) daripada 26,903 kes aktif COVID-19 dikuarantin di rumah.

Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 2,049 kes (7.5 peratus) di hospital; 40 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 52 kes (0.2 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19 , iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

 

Kes sembuh:-

19 Nov (3,000), 20 Nov (1,989), 21 Nov (1,764), 22 Nov (2,643), 23 Nov (3,319), 24 Nov (3,226) dan 25 Nov (2,969).

*kes kumulatif sembuh sehingga 25 Nov 2022 sebanyak 4,917,827.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

19 Nov (27,156), 20 Nov (26,798), 21 Nov (27,141), 22 Nov (27,003), 23 Nov (27,213), 24 Nov (26,856) dan 25 Nov (26,903).

 

Perincian kes harian baharu (3,024 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 25 Nov 2022

*(+kes import)

​​​​​​​pic-5

Empat angka - Selangor 1,069 (+0).

Tiga angka - Melaka 266 (+2), Sabah 266 (+0), WP Kuala Lumpur 223 (+0), Pulau Pinang 178 (+0), Sarawak 144 (+1), WP Putrajaya 140 (+0), Perak 132 (+0), Kedah 126 (+0), Kelantan 114 (+0), Negeri Sembilan 105 (+1) dan Pahang 101 (+1).

Dua angka - Terengganu 71 (+1), Johor 48 (+1) dan WP Labuan 27 (+0).

Satu angka - Perlis 7 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

19 Nov - Kes baharu 2,450; Kumulatif kes 4,965,666; Kes import 0

20 Nov - Kes baharu 1,633; Kumulatif kes 4,967,299; Kes import 3

21 Nov - Kes baharu 2,121; Kumulatif kes 4,969,420; Kes import 0

22 Nov - Kes baharu 2,516; Kumulatif kes 4,971,936; Kes import 3

23 Nov - Kes baharu 3,537; Kumulatif kes 4,975,473; Kes import 7

24 Nov - Kes baharu 2,877; Kumulatif kes 4,978,350; Kes import 3

25 Nov - Kes baharu 3,024; Kumulatif kes 4,981,374; Kes import 7

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

19 Nov -5 (BID 1), 20 Nov - 2 (BID 0), 21 Nov - 14 (BID 4), 22 Nov -11 (BID 7), 23 Nov - 8 (BID 1), 24 Nov - 8 (BID 1) dan 25 Nov - 8 (BID 2).

*Jumlah kes kematian sehingga 25 Nov 2022 sebanyak 36,644.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

pic-6

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 645,602,109 (minggu lepas 642,553,098 kes dengan 6,635,134 kematian. Jumlah kematian minggu lalu adalah sebanyak 6,624,014 kes. Sebanyak 624,295,755 kes sembuh dilaporkan berbanding 621,864,080 kes sembuh minggu lalu.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Korea Selatan, Jepun, Itali, United Kingdom dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 100,456,053 (+9,513)

India 44,672,304 (+498)

Perancis 37,591,293 (48,629)

Jerman 36,348,477 (tiada maklumat)

Brazil 35,203,980 (+56,889)

Korea Selatan 26,837,840 (+53,698)

Jepun 24,246,754 (+117,840)

Itali 24,260,660 (tiada maklumat)

United Kingdom 24,000,101 (tiada maklumat)

Rusia 21,562,758 (+5,992)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-

Vietnam di tangga 13 - 11,513,747 (+574)

Indonesia di tangga 20 - 6,640,624 (+5,97)

Malaysia di tangga 27 - 4,981,374 (+3,024)

Thailand di tangga 31 - 4,702,330 (tiada maklumat)

Filipina di tangga 38 - 4,030,572 (+1,353)

Singapura di tangga 45 - 2,161,673 (+1,349)

Myanmar di tangga 83 - 633,137 (+19)

Brunei di tangga 110 - 241,044 (tiada maklumat)

Laos di tangga 113 - 216,568 (+14)

Kampuchea di tangga 125 - 138,055 (+9)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan