AM

40 HEKTAR KEBUN SAWIT MUSNAH, PEKEBUN RUGI JUTAAN RINGGIT

08/06/2024 02:49 PM

JERTIH, 8 Jun (Bernama) -- Kebakaran lebih 40 hektar ladang sawit di Kampung Bukit Jeruk di sini ekoran musim panas sejak awal Mei lepas, mengakibatkan kerugian jutaan ringgi kepada pekebun.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Jeruk, Mohd Rukmi Mat Ghani berkata tanah gambut menyebabkan api sukar dipadam sepenuhnya kerana bara api masih berada di dalam tanah dan terus merebak terutama ke permukaan tanah kering. 

“Api boleh menyala dengan tiba-tiba sekali gus membakar pokok sawit namun cuaca hujan sekali sekali sejak kebelakangan ini dapat membantu mengawalnya dari terus merebak. Bagaimanapun, banyak tempat yang masih kelihatan berasap,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Mohd Rukmi berkata akibat kejadian itu, banyak pokok sawit dilaporkan tumbang akibat terbakar pada bahagian pangkal dan akar.

“Sekiranya hujan lebat turun berterusan, sudah tentu akan dapat membantu memadam sepenuhnya api yang berada di dalam tanah,” katanya.

Beliau berkata lebih merumitkan keadaan adalah apabila sebahagian besar pemilik ladang sawit di situ tinggal di pelbagai lokasi lain di daerah berkenaan.

Kebakaran itu katanya menyebabkan mereka hilang punca pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan dalam sekelip mata.

Pihaknya justeru berharap ada bantuan untuk pekebun yang terjejas susulan kejadian itu daripada kerajaan, khususnya bagi mereka yang bergantung sepenuhnya pada hasil kebun sawit.

Bulan lepas, pihak bomba dilaporkan telah berusaha memadam kebakaran di kawasan terbabit namun berdepan kesukaran disebabkan faktor tanah dan muka bumi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan