AM

Waspada Sindiket Penipuan Guna Nama LHDN Perangkap Mangsa

30/08/2024 03:12 PM

PUTRAJAYA, 30 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan sebarang bentuk emel, pautan yang mencurigakan dan panggilan telefon berhubung isu percukaian serta bantuan khas kerajaan.

Ia susulan perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) yang melibatkan kes penipuan atau “scammer” dan LHDN tidak terkecuali dikaitkan dengan sindiket penipuan tersebut hingga menyebabkan orang ramai keliru dan tertipu.

"Sindiket penipuan ini menggunakan kaedah teknologi terkini bagi memperdayakan mangsa dengan pelbagai modus operandi.

"Walaupun banyak tangkapan dilakukan oleh pihak berkuasa dan disiarkan di media massa, kes penipuan ini tetap berlaku dan angka kes meningkat saban tahun," menurut LHDN dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai disarankan agar tidak mengisi atau memberi sebarang maklumat peribadi di laman sesawang, pautan atau panggilan telefon yang meragukan agar data peribadi tersebut tidak disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

LHDN turut mengalu-alukan kerjasama daripada orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penipuan atau membuat laporan kepada pihak berkuasa agar tindakan pantas dapat diambil bagi membanteras perkara tersebut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan