PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA TINGGI PADA TENGAH HARI SUSULAN PRESTASI POSITIF WALL STREET

23/07/2024 01:53 PM

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi, dipacu oleh sentimen risiko yang positif susulan pemulihan dalam prestasi di Wall Street semalaman.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 8.46 mata kepada 1,630.53 daripada 1,622.07 ketika ditutup Isnin.

Indeks ketika dibuka meningkat 3.16 mata kepada 1,625.23 dan berlegar dalam julat 1,625.23 hingga 1,630.88 sepanjang dagangan sesi pagi.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu 630 berbanding 385, manakala 460 kaunter lain tidak berubah, 996 tidak diniagakan, dan 16 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.53 bilion unit bernilai RM1.66 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata pemulihan semalaman di Wall Street dijangka mengukuhkan sokongan belian dalam saham-saham tempatan, terutamanya sektor teknologi.

"Kami menjangkakan aktiviti pembelian pada harga murah dalam sektor pembinaan, utiliti, bahan binaan, dan hartanah, didorong oleh pemangkin daripada pusat data terkini semasa fasa konsolidasi ini."

"Kami juga memilih saham-saham dalam sektor pembungkusan dan perkapalan," kata firma itu dalam nota penyelidikannya hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank menokok 2.0 sen kepada RM10.08, CIMB Group naik 9.0 sen kepada RM7.21, dan IHH Healthcare meningkat 4.0 sen kepada RM6.30.

Sementara itu, Tenaga Nasional dan Public Bank masing-masing tidak berubah pada RM14.44 dan RM4.19.

Bagi saham aktif, syarikat yang baharu disenaraikan Well Chip Group naik 56.0 sen kepada RM1.71, Velocity Capital Partner dan Hubline Bhd masing-masing meningkat 1.0 sen kepada 6.5 sen dan 11.5 sen, manakala Velesto Energy menokok setengah sen kepada 23.5 sen.

Sapura Energy tidak berubah pada 4.0 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas melonjak 81.35 mata kepada 12,628.86, Indeks FBMT 100 meningkat 76.35 mata kepada 12,203.62, Indeks FBM Emas Syariah menokok 87.26 mata kepada 12,994.85, Indeks FBM 70 naik 165.19 mata kepada 18,842.78, dan Indeks FBM ACE meningkat 31.43 mata kepada 5,922.35.

Prestasi sektor pula menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 58.75 mata kepada 17,959.57, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 1.48 mata kepada 196.43, dan Indeks Tenaga bertambah 9.78 mata kepada 971.84.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan susut 8.78 mata kepada 7,199.60.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan