PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

14/10/2024 02:27 PM

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari disebabkan peniaga menunggu data Indeks Harga Pengeluar (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang sebagai petunjuk untuk mengukur pergerakan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS pada masa depan, kata penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.35 mata kepada 1,634.90 daripada 1,633.55 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks penanda aras itu dibuka 3.62 mata lebih tinggi kepada 1,637.17, bergerak antara 1,632.37 dan 1,642.56 pada sesi dagangan awal.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 597 kepada 278, dengan 437 kaunter tidak berubah, 1,153 tidak diniagakan dan sembilan digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.34 bilion unit bernilai RM964.02 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata menjelang Belanjawan 2025, minat pelabur dijangka menumpukan pada sektor pembinaan, hartanah, bahan binaan, utiliti dan e-invois.

“Selain itu, pengukuhan dolar AS mungkin mengalihkan perhatian ke arah sektor berorientasikan eksport seperti sarung tangan dan teknologi.

"Kami juga mempunyai pandangan positif terhadap sektor perladangan kerana aliran meningkat dalam harga minyak sawit mentah kekal stabil," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagi saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, CelcomDigi menambah 7.0 sen kepada RM3.63, Public Bank dan Petronas Gas naik 8.0 sen masing-masing kepada RM4.36 dan RM17.70, Sime Darby melonjak 1.0 sen kepada RM2.45 dan Hong Leong Bank menokok 8.0 sen kepada RM21.18.

Di kaunter cergas, EA Holdings menambah 0.5 sen kepada 1.0 sen, Key Alliance tidak berubah pada 1.0 sen, MYEG berkurangan 2.0 sen kepada 90 sen dan Pertama Digital meningkat 1.5 sen kepada 29.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 5.06 mata kepada 12,277.69, Indeks FBMT 100 jatuh 0.85 mata kepada 11,978.00, Indeks FBM Emas Shariah susut 27.11 mata kepada 12,183.23, Indeks FBM 70 menguncup 41.03 mata kepada 17,553.36, dan Indeks FBM ACE merosot 70.27 mata kepada 5,078.50.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 53.38 mata kepada 19,231.66, Indeks Perladangan turun 14.31 mata kepada 7,187.10, Indeks Perkhidmatan dan Produk Perindustrian jatuh 1.40 mata kepada 174.67 manakala Indeks Tenaga merosot 5.37 mata kepada 876.73.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan