SUKAN > BERITA

LIEK HOU SIAP SEDIA PERTAHAN EMAS PARALIMPIK PARIS 2024 - NOVA

25/07/2024 12:27 PM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou sudah bersedia sepenuhnya untuk melunaskan misi mempertahankan pingat emas acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Paris 2024 berlangsung pada 28 Ogos hingga 8 Sept.

Jurulatihnya Nova Armada berkata pemain berusia 36 tahun itu kini berada pada prestasi terbaiknya untuk membuat penampilan kedua di pentas berprestij dunia itu.

“Liek Hou dalam keadaan terbaik dan sasaran yang diletakkan adalah emas oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Saya lihat beliau bersedia untuk itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nova berkata seorang lagi wakil negara Muhammad Fareez Anuar juga berada pada tahap terbaik untuk memberikan saingan di Paralimpik Paris 2024 juga dalam acara sama.

Liek Hou muncul juara Kejohanan Empat Negara Para Antarabangsa 2024 di Glasgow, Scotland bulan lepas dan dijangka dapat meneruskan momentum kecemerlangannya untuk membutirkan emas di Paris kelak.

Pemain berusia 36 tahun itu muncul pemenang emas sulung acara badminton para, selepas menundukkan pencabar utamanya dari Indonesia Anrimusthi Dheva pada perlawanan akhir edisi Tokyo 2020.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan