SUKAN > BERITA

LIGA SUPER: KDN FC PERLU MENANG MALAM ESOK

25/07/2024 03:38 PM

KOTA BHARU, 25 Julai (Bernama) -- Kelantan Darul Naim (KDN FC) perlu memanfaatkan aksi di laman sendiri untuk mencipta kemenangan, sekali gus mengembalikan keyakinan penyokong kepada pasukan selepas tewas pada empat perlawanan sebelumnya.

Ketua jurulatih KDN FC Park Jaehong berkata kemenangan pada perlawanan menentang Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV malam esok, dapat membantu pasukan untuk terus bersaing dalam Liga Super musim ini.

"Kami tidak boleh kalah di Kota Bharu, tetapi mesti mengakhiri perlawanan dengan kemenangan. Hanya tiga mata bagi membantu pasukan kembali bernafas dalam persaingan Liga Super musim ini," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mengenai perlawanan malam esok, Jaehong berkata pemain perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengekang pasukan lawan, dan pada masa sama mencari peluang memperoleh kemenangan.

"Saya optimis pemain akan bermain bersungguh-sungguh kerana jika tercicir mata, maka satu kerugian besar bagi mereka untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga," katanya.

Selepas lima perlawanan, KDN FC menghuni kedudukan ke-12 daripada 13 pasukan bertanding dengan mengumpul tiga mata hasil satu kemenangan dan empat kekalahan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan