SUKAN > BERITA

Fahmi Fadzil Tawar Diri Bertanding Sebagai Presiden KLFA

23/08/2024 10:31 AM

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menawarkan diri untuk bertanding sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Fahmi yang membuat pengumuman tersebut pada laman TikTok memperkenalkan barisan pasukannya yang antaranya terdiri daripada Pengarah KL United Sdn Bhd Syed Yazid Syed Omar sebagai calon timbalan presiden KLFA.

Beliau berkata pihaknya turut mencalonkan jawatan naib presiden KLFA kepada Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin serta Datuk Mohd Razlan Rafii yang merangkap Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Hasrat kami untuk martabatkan kelab-kelab gabungan, memastikan KLFA diurus dengan lebih baik, lebih mapan supaya bola sepak di Kuala Lumpur lebih maju,” katanya.

Jawatan Presiden KLFA ketika ini dipangku Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid selepas bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad meletak jawatan Mac lepas.

Kongres pemilihan baharu jawatankuasa KLFA dijadual berlangsung 7 Sept ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan