WILAYAH - SARAWAK > BERITA

141 Mangsa Banjir Hulu Bernam Masih Berlindung Di PPS Malam Ini

05/08/2024 09:51 PM

SHAH ALAM, 5 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 141 mangsa banjir daripada 49 keluarga di Hulu Bernam masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini, menurun sedikit berbanding 143 mangsa petang tadi. 

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Hulu Selangor memaklumkan keadaan di sekitar PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah dilaporkan terkawal dengan cuaca pada malam ini adalah baik. 

PPS berkenaan menempatkan mangsa dari enam kampung yang terjejas iaitu Kampung Sungai Selisik, Kampung Serigala, Kampung Sungai Nilam, Kampung Sekolah, Kampung Masjid dan Kampung Paya Lebar. 

Terdahulu, Bernama melaporkan situasi banjir di daerah Muallim, Perak pulih apabila satu-satunya PPS yang menempatkan 82 mangsa daripada 19 keluarga ditutup petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memberitahu kesemua mangsa yang berlindung di PPS Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan