WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Johor, Negeri Sembilan Catat Kemenangan Kedua Saingan Sofbol Wanita

16/08/2024 06:04 PM

MIRI, 16 Ogos (Bernama) -- Johor membuktikan mereka antara pasukan yang perlu diberikan perhatian selepas meraih kemenangan kedua acara sofbol wanita Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau hari ini.

Johor mempamerkan aksi konsisten meraih mata di innings keeempat, keenam dan ketujuh untuk menewaskan Wilayah Persekutuan 6-0 dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan C.

Semalam, pasukan itu membuka kempen sofbol wanita dengan menewaskan Selangor 3-0.

Kemenangan hari ini menyaksikan Johor kekal menerajui Kumpulan C dengan mengutip enam mata selepas dua perlawanan dan dijadual berdepan Perak dalam aksi terakhir peringkat kumpulan esok.

Sementara itu, Negeri Sembilan turut memperkukuhkan kedudukan selaku pendahulu Kumpulan D menerusi kemenangan kedua peringkat kumpulan menewaskan Pahang 11-3.

Selangor pula mencatatkan kekalahan kedua berturut-turut setelah tewas di tangan Perak 6-8 dalam satu lagi aksi Kumpulan C, manakala Sabah menewaskan tuan rumah Sarawak 15-8 dalam aksi Kumpulan D.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan