WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Agong Kurnia Watikah Pelantikan Tujuh Perwakilan Ke Luar Negara

27/08/2024 11:05 AM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tujuh perwakilan Malaysia ke luar negara pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan kepada Bakal Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara di Istana Negara, hari ini.

Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Mohd Tarid Sufian; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Datuk Mohd Aini Atan dan Duta Besar Malaysia ke Sweden Sarimah Akbar.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Duta Besar Malaysia ke Qatar Faizal @ Mohd Faizal Razali dan Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin. 

Penerima watikah pelantikan lain ialah Duta Besar Malaysia ke Peru Ahmad Irham Ikmal Hisham dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh Mohd Shuhada Othman.

Turut hadir pada istiadat berkenaan ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan