WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Belanjawan 2025: MITI, KPT Akan Kemuka Cadangan Pembangunan Bakat - Tengku Zafrul

27/08/2024 01:19 PM

PETALING JAYA, 27 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengemukakan cadangan mengenai pembangunan bakat untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2025 bagi menyokong pembangunan kecerdasan buatan (AI).

Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata cadangan yang akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) itu juga menyaksikan dua kementerian berkenaan saling berkongsi idea bagi memastikan negara mempunyai perancangan bakat mencukupi untuk menyokong industri berkenaan yang berkembang pesat.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (mengenai perkara ini)...adalah penting untuk kita mempersiapkan industri ini dengan bakat yang mempunyai kemahiran AI.

“Sehubungan itu, kita akan bekerjasama bagi memastikan bakat-bakat daripada universiti dan institusi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mendapat latihan AI. Ini juga membolehkan kita mempunyai barisan bakat yang memadai apabila industri menggunapakai AI,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan AI 2024 di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Tengku Zafrul berkata menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030), Malaysia menyasarkan untuk memanfaatkan aspek pendigitalan bagi mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, meningkatkan produktiviti selain memupuk pertumbuhan yang mampan.

"Menerusi sasaran mewujudkan 3,000 kilang pintar, kita akan memastikan pengeluar mempunyai kelengkapan sewajarnya bagi menggunapakai serta menyepadukan AI dan teknologi digital dalam operasi masing-masing. Ini juga sebahagian daripada cita-cita menyeluruh AI bagi Malaysia.

“Wujud kaitan kukuh antara kejayaan matlamat AI kita serta kemampanan industri elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Tengku Zafrul menekankan bahawa industri E&E Malaysia kini menghasilkan 13 peratus daripada semikonduktor dunia, memacu 40 peratus daripada keluaran eksport negara serta menyumbang kira-kira 5.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2023.

Beliau berkata sejajar dengan peranan AI memberikan peluang serta cabaran tidak dijangka, kerajaan menerusi kementerian dan agensi utama serta pihak berkepentingan perlu mengambil peranan aktif dalam meletakkan Malaysia di barisan hadapan revolusi AI global.

Di bawah Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan, Malaysia menyasarkan untuk menjadi peneraju AI global menjelang 2030 melalui usaha memajukan penyelidikan dan inovasi AI, memupuk ekosistem AI yang mantap serta menggalakkan penggunaan AI secara bertanggungjawab.

-- BERNAMA

BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan